Analisis isu-isu berbangkit berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah Aceh / Saiful Azhar Ilyas

Disertasi ini membincangkan dan menganalisa isu-isu berbangkit berkaitan bidangkuasa Mahkamah Syariah di Aceh selepas memperolehi kuasa autonomi khusus dari pemerintah Republik Indonesia. Perbahasan kajian ini meliputi perbincangan mengenai sejarah Mahkamah Syariah di Aceh, hubungan Mahkamah Syariah...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ilyas, Saiful Azhar
Format: Thesis
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5065/
http://studentsrepo.um.edu.my/5065/7/halaman_i_dan_ii.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5065/6/bahagian_awal_disertasi.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5065/1/BAB_I.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5065/2/BAB_II.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5065/3/BAB_III.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5065/4/BAB_IV.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5065/5/BAB_V.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5065/8/Lampiran.pdf
Description
Summary:Disertasi ini membincangkan dan menganalisa isu-isu berbangkit berkaitan bidangkuasa Mahkamah Syariah di Aceh selepas memperolehi kuasa autonomi khusus dari pemerintah Republik Indonesia. Perbahasan kajian ini meliputi perbincangan mengenai sejarah Mahkamah Syariah di Aceh, hubungan Mahkamah Syariah dengan Pengadilan Agama dan Mahkamah Agung Republik Indonesia, dan juga perkara-perkara yang penting berkaitan dengan Mahkamah Syariah. Semua masalah dikaji dengan menggunakan metodologi pengumpulan data yang diperolehi dari buku-buku, jurnal, kertas seminar, bahan-bahan ilmiah daripada internet, tesis, temubual dan observasi. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan metodologi deskriptif kualitatif. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui impak dan kebenaran isu-isu yang berbangkit berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah di Aceh terhadap pelaksanaan kanun-kanun syariat Islam di Aceh. Kajian ini mendapati banyak isu-isu berbangkit perlu diberi perhatian oleh semua kalangan, terutama sekali pemerintah Aceh. Perlu usaha dari semua kalangan di Aceh untuk menuntut hak autonomi khusus diberikan seluruhnya, termasuk autonomi Mahkamah Syariah sehingga tidak lagi berada dibawah struktur Mahkamah Agung Republik Indonesia.