Penerimaan masyarakat Islam terhadap produk perbankan Islam : Kajian di Bank Syariah Mandiri cawangan Aceh / Yoesrizal Muhammad Yoesoef
Bank Syariah Mandiri adalah salah satu bank Islam terbesar di Provinsi Aceh, Indonesia. ianya telah berkidmat selama 14 tahun untuk masyarakat Aceh yang 98 peratus penduduknya adalah beragama Islam. Oleh kerana itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti pelaksanaan perkidmatan produk-produk perba...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2014
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5053/ http://studentsrepo.um.edu.my/5053/1/combine.pdf |
| Summary: | Bank Syariah Mandiri adalah salah satu bank Islam terbesar di Provinsi Aceh,
Indonesia. ianya telah berkidmat selama 14 tahun untuk masyarakat Aceh yang 98
peratus penduduknya adalah beragama Islam. Oleh kerana itu, kajian ini adalah untuk
mengenalpasti pelaksanaan perkidmatan produk-produk perbankan Bank Syariah
Mandiri cawangan Aceh, mengkaji tahap pemahaman dan penerimaan masyarakat Islam
di Aceh beserta faktor-faktor pendorong dan faktor-faktor yang membatasi penyertaan
masyarakat dalam produk-produk bank tersebut adalah hal yang menarik dan penting
untuk dikaji. Bagi memastikan arah tuju yang lebih telus bagi institusi kewangan Islam
dalam meningkatkan lagi penyertaan bersama masyarakat Islam di dalam Sistem
Perbankan Islam (SPI). Kajian ini berasaskan kajian kuantitatif yang disokong oleh
kajian kualitatif, data kajian dikumpulkan daripada soal selidik kepada seramai 300
responden masyarakat Islam di sekitar wilayah Bandar Aceh dan Lhoksemawe,
beberapa data juga diperolehi daripada temubual dengan pihak pengurusi Bank Syariah
Mandiri. Statistical Package for Social Sciences (SPSS) telah digunakan untuk
menganalisis dapatan kajian yang diperolehi. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan
Bank Syariah Mandiri telah mengeluarkan 14 produk perhimpunan Dana, 22 produk
pembiayaan, dan 26 produk perkhidmatan. dengan memakai beberapa prinsip-prinsip
Syariah Islam. Hasil data juga menunjukkan pengetahuan responden terhadap produkproduk
Bank Syariah Mandiri (BSM) adalah masih rendah, kerana jawapan 46.7% dari
300 responden menunjukkan pengetahuan yang rendah, manakala 29.3 % responden
mempunyai pengetahuan yang sederhana dan 24 % responden mempunyai pengetahuan
yang tinggi. Dari sudut penerimaan 112 pelanggan BSM Aceh, 25.0 % responden
menunjukkan tahap penerimaan yang sederhana terhadap produk Bank Syariah Mandiri,
manakala 74.1 % jawapan responden menunjukkan penerimaan yang tinggi dan
responden yang menjawap dengan penerimaan yang rendah adalah 0.9 % sahaja. Yang
iv
mana kesemua data-data di atas menunjukkan potensi penerimaan masyarakat Islam
yang tinggi terhadap produk bank Syariah Mandiri kerana 74.1 % dari 112 responden
memiliki tahap penerimaan yang tinggi terhadap produk-produk BSM. Kajian juga
memperolehi 3 faktor pendorong yang paling banyak mempengaruhi responden dalam
penyertaan terhadap produk-produk tersebut iaitu faktor Kesedaran diri mengikut
Syariat, Ingin mencuba sistem baru dan Pengaruh Iklan. Manakala 3 faktor penghalang
penyertaan iaitu kerana Tidak mengetahui / kurang maklumat mengenai produk Bank
Syariah Mandiri (BSM), kerana Produk bank lain lebih mudah difahami berbanding
dengan produk BSM serta faktor sudah biasa dengan perkidmatan bank sedia ada dan
rasanya sama sahaja perkidmatannya berbanding perkidmatan BSM.
Keyword : Pengetahuan dan Penerimaan Masyarakat Islam, Tahap, Produk-produk
Bank Syariah Mandiri Cawangan Aceh. |
|---|