Pelaksanaan kontrak Al-Musharakah dalam perniagaan Francais: Satu kajian di Jarimatika Indonesia / Muhammad Nurul Hadi
Jarimatika Indonesia merupakan salah satu syarikat francais dalam bidang pendidikan dan latihan matematik asas di Indonesia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian aktiviti yang dijalankan oleh Jarimatika Indonesia dengan konsep francais secara umum dan konsep muamalat Islam. Aktiviti J...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2015
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5011/ http://studentsrepo.um.edu.my/5011/1/BAB__I.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5011/2/BAB_II.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5011/3/BAB_III.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5011/4/BAB_IV.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5011/5/BAB_V.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5011/6/BAHAGIAN_AWALAN.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5011/7/BIBLIOGRAFI.pdf |
| Summary: | Jarimatika Indonesia merupakan salah satu syarikat francais dalam bidang pendidikan dan latihan matematik asas di Indonesia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian aktiviti yang dijalankan oleh Jarimatika Indonesia dengan konsep francais secara umum dan konsep muamalat Islam. Aktiviti Jarimatika Indonesia merupakan kontrak kerjasama yang mempunyai persamaan dengan konsep al-mushārakah. Justeru itu, pelbagai data dikumpul melalui temu bual, kajian perpustakaan dan dokumentasi untuk mengkaji francais di Indonesia, khususnya Jarimatika. Setelah itu data dianalisis dengan menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan kaedah penetapan royalty fee sepertimana pada sistem francais umumnya. Royalty fee dibayar daripada pendapatan bersih dan mengikut nisbah empat puluh peratus untuk Pusat Jarimatika selaku francaisor, manakala enam puluh peratus untuk Unit Jarimatika selaku francaisi. Dalam pandangan fiqh muamalat pula, bentuk kontrak Jarimatika Indonesia ini bersesuaian dengan konsep al-mushārakah dari segi rukun-rukunnya, namun berbeza dari aspek caj-caj bayaran tambahan yang dikenakan oleh Pusat Jarimatika. |
|---|