Reka bentuk model komuniti pembelajaran profesional dan pengajaran berkesan guru Bahasa Melayu Malaysia / Siti Nafsiah Ismail
Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk model komuniti pembelajaran profesional (KPP) dan pengajaran berkesan guru Bahasa Melayu. Secara khususnya, kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk dan pembangunan (Design and Development Research) yang diperkenalkan oleh Richey dan Klien (2007) dalam me...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2019
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/14668/ http://studentsrepo.um.edu.my/14668/1/Siti_Nafsiah.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/14668/2/Siti_Nafsiah.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk model komuniti pembelajaran profesional
(KPP) dan pengajaran berkesan guru Bahasa Melayu. Secara khususnya, kajian ini
menggunakan kaedah reka bentuk dan pembangunan (Design and Development
Research) yang diperkenalkan oleh Richey dan Klien (2007) dalam membentuk
sesebuah model. Kaedah reka bentuk dan pembangunan ini melibatkan tiga fasa utama
iaitu: i) Fasa analisis keperluan model untuk mengenal pasti keperluan guru terhadap
model KPP yang dibina, ii) Fasa reka bentuk model pula untuk membina sebuah model
KPP dan pengajaran berkesan di Malaysia; dan iii) Fasa penilaian model untuk menilai
model yang telah direka bentuk. Bagi fasa analisis keperluan model, melibatkan proses
temu bual terhadap tujuh orang guru Bahasa Melayu secara separa berstruktur
dijalankan untuk mendapatkan pandangan dan persetujuan mereka terhadap keperluan
pembinaan model KPP dan pengajaran berkesan ini. Data yang diperoleh di analisis
berdasarkan tema yang telah ditetapkan. Fasa reka bentuk model pula menggunakan
kaedah Fuzzy Delphi (KFD). Dalam fasa ini, 12 orang pakar terlibat dalam
memberikan pandangan dan pendapat bagi membina model kajian berdasarkan 7 skala
likert linguistik. Nilai Threshold ādā di bawah ⤠0.2 dikira untuk menentukan kesahan
kesepakatan pakar terhadap item-item model dalam soal selidik pakar. Nilai
defuzzication (Amax) digunakan bagi menentukan dan mengesahkan persetujuan
kesepakatan pakar mestilah melebihi ā„ 0.50 dan mestilah melebihi 75% kesepakatan
antara semua panel pakar. Fasa penilaian model adalah berdasarkan maklum balas
daripada 450 orang guru Bahasa Melayu dan data dianalisis menggunakan SEM
(Structural Equation Modelling). Analisis faktor CFA (confirmatory factor analysis),
dijalankan untuk melihat kesahan konstruk melalui model pengukuran. Dapatan kajian
bagi fasa analisis keperluan mendapati kesemua tujuh orang peserta bersetuju dengan keperluan reka bentuk Model KPP dan pengajaran berkesan guru Bahasa Melayu ini.
Dapatan kajian fasa reka bentuk pula menunjukkan kesepakatan dalam kalangan dua
belas orang pakar terhadap dua belas dimensi KPP dan enam dimensi pengajaran
berkesan iaitu perkongsian kepemimpinan dan kepemimpinan menyokong,
perkongsian nilai, matlamat, visi dan misi, pembelajaran kreatif, kolektif dan aplikasi,
perkongsian amalan peribadi, sokongan dari aspek perhubungan dan struktur, dialog
reflektif, fokus terhadap pembelajaran murid, budaya kolaboratif, budaya inkuiri dan
amalan terbaik pengajaran, tindakan melalui pemerhatian, komitmen terhadap
penambahbaikan berterusan, berorientasikan keputusan, pengurusan kelas, kualiti
pengajaran, kesesuaian aras pengajaran, insentif pengajaran, kajian tindakan, dan
penilaian pengajaran. Fasa penilaian model menunjukkan reka bentuk Model KPP dan
Pengajaran Berkesan yang dibentuk adalah sesuai dan signifikan berdasarkan kepada
pengukuran model persamaan struktur dengan data kajian (Chi-Square=289.293,
P=0.00, GFI = 0.923, CFI = 0.970, TLI =0.960, RMSEA = 0.076, dan CMIN/DF =
3.616). Kajian ini juga mencadangkan Model KPP dan Pengajaran Berkesan yang
direka bentuk dijadikan panduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
khususnya IPGM dan Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta dalam melahirkan
guru Bahasa Melayu yang berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi, berdaya saing
dan berketerampilan bagi memartabatkan profesion keguruan ke arah lebih cemerlang,
seiring dengan pendidikan abad ke-21 yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
|
|---|