Kesan dan aspirasi pembangunan masyarakat Iban di Pedalaman Sarawak: Kajian kes di Nanga Engkuah, Song, Sarawak / Mula Anak Kelabu
Kajian membuat kupasan mengenai aspirasi pembangunan masyarakat Iban dan peripentingnya pembangunan mengikut aspirasi masyarakat Iban itu sendiri. Aspirasi masyarakat sasaran merupakan pelengkap kepada kaedah pembangunan ikut-serta yang mengukuhkan pembangunan mampan. Kajian ini mengetengahkan sa...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2019
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/14667/ http://studentsrepo.um.edu.my/14667/1/Mula_Anak_Kelabu.pdf |
| Summary: | Kajian membuat kupasan mengenai aspirasi pembangunan masyarakat Iban dan peripentingnya
pembangunan mengikut aspirasi masyarakat Iban itu sendiri. Aspirasi
masyarakat sasaran merupakan pelengkap kepada kaedah pembangunan ikut-serta yang
mengukuhkan pembangunan mampan. Kajian ini mengetengahkan satu kumpulan
masyarakat Iban yang tinggal di kawasan pedalaman di daerah Song, Kapit, Sarawak.
Secara umum, kajian ini mengaplikasikan teori yang dikemukakan oleh Amartya Sen
(1999) yang menyarankan pembangunan adalah kebebasan. Teori beliau menjadi
kerangka sebagai panduan dalam meneroka penerimaan pembangunan dalam kalangan
masyarakat sasaran. Hasil kajian mendapati bahawa meskipun terdapat program atau
rancangan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan kepada
masyarakat Iban di kawasan kajian, namun pada peringkat pelaksanaan atau
perancangan, program pembangunan tersebut kurang berjaya. Kegagalan dalam
mencapai penerimaan sepenuhnya aspirasi pembangunan menurut kehendak masyarakat
itu sendiri dilihat sebagai kegagalan dalam merealisasikan kebebasan yang dicitakan.
Berikutan dengan itu, masyarakat Iban di rumah panjang mempunyai aspirasi
pembangunan sendiri bagi memastikan kehidupan mereka bergerak ke arah yang lebih
baik meskipun berada jauh di pedalaman. Aspirasi pembangunan menurut masyarakat
di kawasan kajian akan dikupas secara holistik iaitu merangkumi aspek sosioekonomi,
politik dan identiti peribumi dengan menggunakan kaedah kajian etnografi dan
dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik iaitu berdasarkan tema-tema yang
berpola dalam satu fenomena.
|
|---|