Pendekatan dakwah kepada non-Muslim di Brunei: Kajian terhadap Pusat Da’wah Islamiah Negara Brunei Darussalam / Nurul Akmal Zolkepli

Sejak kemasukan Agama Islam ke Brunei Darussalam beberapa dekad kebelakangan ini dakwah Islam tidak diabaikan, pelbagai usaha dilakukan untuk mengembangkan Agama Islam. Pendidikan agama disusun atur, gerakan dakwah semakin giat dijalankan, dan Pusat Da’wah Islamiah telah ditubuhkan. Pusat ini merupa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nurul Akmal , Zolkepli
Format: Thesis
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/14622/
http://studentsrepo.um.edu.my/14622/1/Nurul_Akmal.pdf
Description
Summary:Sejak kemasukan Agama Islam ke Brunei Darussalam beberapa dekad kebelakangan ini dakwah Islam tidak diabaikan, pelbagai usaha dilakukan untuk mengembangkan Agama Islam. Pendidikan agama disusun atur, gerakan dakwah semakin giat dijalankan, dan Pusat Da’wah Islamiah telah ditubuhkan. Pusat ini merupakan satu institusi gerakan dakwah yang berperanan besar dalam menyebarkan dakwah Islam di Negara Brunei Darussalam. Kajian ini bertujuan mengkaji pendekatan dakwah kepada non-Muslim, mengenal pasti pelaksanaan pendekatan dakwah Pusat Da’wah Islamiah terhadap non- Muslim di Brunei dan mengenal pasti masalah pelaksanaan pendekatan dakwah Pusat Da’wah Islamiah terhadap non-Muslim di Brunei. Kajian dilaksanakan dengan menggunakan metode perpustakaan dan metode kajian lapangan yang menjadikan temubual sebagai instrumen utama penyelidikan. Hasil kajian mendapati pendekatan dakwah Islam yang digunakan di Negara Brunei Darussalam masih boleh diperluaskan lagi terutama sekali dakwah Islam kepada non-Muslim.