Amalan pendidikan anti bias dalam pengajaran pra sekolah di Tawau, Sabah / Abdullah Kadir
Amalan Pendidikan Anti-Bias (APAB) penting sebagai sumber utama dalam menyatupadukan etnik, agama dan budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai. Dalam kajian ini, pengkaji meneroka Amalan Pendidikan Anti-Bias (APAB) yang berfokus di kelas prasekolah. Teori Ekologi, Teori dan Model Pendidikan Pelba...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2019
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/14590/ http://studentsrepo.um.edu.my/14590/1/Abdullah.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/14590/2/Abdullah_Kadir.pdf |
| Summary: | Amalan Pendidikan Anti-Bias (APAB) penting sebagai sumber utama dalam
menyatupadukan etnik, agama dan budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai. Dalam
kajian ini, pengkaji meneroka Amalan Pendidikan Anti-Bias (APAB) yang berfokus
di kelas prasekolah. Teori Ekologi, Teori dan Model Pendidikan Pelbagai Budaya serta
Teori Al-Ghazali dijadikan sebagai panduan, pengetahuan dan pemahaman kepada
pengkaji dalam menerokai APAB. Terdapat empat aspek utama APAB yang diterokai
dan diteliti: (i) aspek pengetahuan kandungan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) guru prasekolah; (ii) aspek kedua, pendekatan pengajaran APAB
yang diamalkan guru dalam kelas prasekolah; (iii) penerapan APAB dalam pengajaran
di kelas prasekolah; (iv) sumber rintangan yang dihadapi dalam penerapan APAB di
kelas prasekolah. Seramai 5 orang peserta kajian yang mempunyai pengalaman
mengajar selama 5 hingga 23 tahun terlibat dalam kajian ini. Pemilihan peserta kajian
berdasarkan pengalaman mengajar, pengetahuan dan persetujuan bersama.
Pengumpulan maklumat kajian dilakukan melalui protokol temu bual, protokol
pemerhatian pengajaran dan analisis kandungan dokumen yang berlangsung selama 5
bulan. Bagi menghasilkan penemuan yang padat dan holistik, kajian ini melakukan
analisis dapatan cadangan Meriam (2002). Manakala kesahan dan kebolehpercayaan
berdasarkan teknik triangulasi, pengesahan peserta kajian, indeks skala Cohen Kaffa
dan tempoh kajian. Dapatan penerokaan kajian mendapati, latar belakang pengetahuan
kandungan KSPK peserta kajian menggalakkan guru kepada pengajaran dan
penerapan APAB. Di kelas prasekolah, penerapan APAB adalah melibatkan
pendekatan kemahiran guru dan pendekatan kemahiran murid. Pendekatan Belajar
Melalui Bermain masih merupakan pendekatan yang berkesan dalam membina minat,
pengetahuan, meningkatkan kesedaran dan pemikiran kritis murid. Manakala dalam pengajaran, APAB diterapkan dalam perancangan pengajaran, pendekatan pedagogi
pengajaran, pemupukan sosio budaya dan sosio ekonomi rutin harian serta sahsiah
mulia guru. Selain itu, hasil dapatan kajian membuktikan bahawa tidak terdapat
sumber rintangan dalam penerapan APAB yang melibatkan jantina, etnik,
sosioekonomi dan kemahiran guru mengajar. Manakala terdapat rintangan pengajaran
dalam penerapan APAB melibatkan sosiobudaya dan perkembangan murid yang
diwarisi murid dari pendidikan ibu bapa semasa di rumah.
|
|---|