Pembangunan modul pedagogi komunikasi nonverbal al-Quran dalam pengajaran bahasa Arab / Mohd Ala-Uddin Othman
Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Pedagogi Komunikasi Nonverbal al-Quran (MPKNVQ) berasaskan model ADDIE yang telah diubahsuai. Objektif kajian ialah untuk (i) mengenal pasti komunikasi non-verbal al-Quran untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab, (ii) Mengenal pasti reka bentuk MPKNVQ...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2020
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/14581/ http://studentsrepo.um.edu.my/14581/2/Mohd_Ala%2DUddin.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/14581/1/Mohd_Ala%2DUddin.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Pedagogi Komunikasi Nonverbal al-Quran
(MPKNVQ) berasaskan model ADDIE yang telah diubahsuai. Objektif kajian ialah untuk (i)
mengenal pasti komunikasi non-verbal al-Quran untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Arab, (ii) Mengenal pasti reka bentuk MPKNVQ yang dibangunkan untuk pengajaran BA,
(iii) membangunkan MPKNVQ (iv) menilai keberkesanan MPKNVQ dari aspek sikap,
motivasi dan pencapaian pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran BA. Kajian ini adalah
kajian rekebentuk dan pembangunan yang melibatkan 3 fasa utama iaitu (a) fasa analisis
keperluan berdasarkan kajian literatur dan analisis dokumen. Ayat-ayat Quran telah dianalisis
dan disaring berdasarkan 10 saluran nonverbal untuk pengajaran yang dinyatakan oleh
Richmond dan McCroskey (2000) (b) fasa kedua melibatkan proses mereka bentuk dan
membangunkan MPKNVQ menggunakan teknik Delphi ubahsuaian dua pusingan. 17 orang
pakar terlibat untuk menentukan saluran KNV yang sesuai dalam pengajaran BA. Ujian
Wilcoxon (Wilcoxon Signed-rank Test) telah digunakan untuk melihat aras konsistensi antara
persetujuan pakar dalam pusingan pertama dan kedua, dan (c) fasa ketiga adalah fasa
pelaksanaan dan penilaian keberkesanan dengan menggunakan kaedah soal selidik dan ujian
pencapaian bagi mengetahui tahap sikap, motivasi dan pencapaian. Kaedah kuasi eksperimen
yang melibatkan 2 kumpulan iaitu kumpulan rawatan seramai 22 orang dan kumpulan kawalan
seramai 28 orang telah dijalankan selama 12 minggu. Ujian-t telah dijalankan bagi menguji
tahap sikap, motivasi dan pencapaian untuk melihat perbezaan antara kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan. Dapatan fasa pertama menunjukkan di dalam al-Quran terdapat 8 sub
saluran penampilan fizikal, 19 sub isyarat gerakan anggota badan, 13 sub saluran ekspresi
wajah, 12 sub saluran okulesik, 15 sub saluran vokalik, 13 sub saluran proksemik, 6 sub
saluran haptik, 9 sub saluran persekitaran, 4 sub saluran olfaktik dan 7 sub saluran kronemik.
Dapatan fasa kedua menunjukkan tiada perbezaan signifikan bagi jawapan panel pakar dan
membuktikan konsistensi jawapan panel pakar bagi kedua-dua pusingan. Dapatan fasa ketiga menunjukkan Modul Pedagogi Komunikasi Nonverbal Al-Quran (MPKNVQ) dapat
meningkatkan tahap sikap, motivasi dan pencapaian. Kajian ini telah berjaya membangunkan
sebuah modul MPKNVQ yang mampu meningkatkan tahap sikap, motivasi dan pencapaian
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.
|
|---|