Konsep pertukaran perbankan konvensional kepada perbankan Islam: Kajian terhadap kefahaman kakitangan di bank Aceh / Munadhira Sabila
Pertukaran perbankan konvensional kepada perbankan Islam memberikan kesan kepada prestasi kakitangan bagi industri perbankan di Aceh. Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui dan menganalisis kefahaman kakitangan Bank Aceh iaitu Bank Kerajaan Aceh terhadap operasi Bank Islam selepas be...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2018
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/14553/ http://studentsrepo.um.edu.my/14553/1/Munadhira_Sabila.pdf |
| Summary: | Pertukaran perbankan konvensional kepada perbankan Islam memberikan kesan kepada prestasi kakitangan bagi industri perbankan di Aceh. Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui dan menganalisis kefahaman kakitangan Bank Aceh iaitu Bank Kerajaan Aceh terhadap operasi Bank Islam selepas berlakunya pertukaran dari perbankan konvensional kepada perbankan Islam yang telah dilaksanakan sejak dari September 2016. Maklumat lanjut berkaitan dengan penyelidikan ini telah diperolehi melalui kaedah temu bual semi berstruktur dan ianya merupakan metodologi kajian melalui kaedah pengumpulan data kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa kefahaman kakitangan bank Aceh terhadap operasi bank Islam selepas Pertukaran seperti kefahaman terhadap produk bank Islam masih di tahap yang rendah. Bahkan, dalam hal menjelaskan jawapan kepada pertanyaan daripada pelanggan sendiri didapati masih kurang memuaskan. Namun Bank Aceh terus memberikan pendidikan dan latihan asas perbankan Islam sehingga kini dan melantik kakitangannya yang berasal dari Unit Usaha Syariah sebelumnya untuk menjelaskan atau membantu rakannya daripada konvensional. Kajian ini juga menjelaskan tentang konsep pertukaran daripada perbankan konvensional kepada perbankan Islam melalui pelbagai mekanisme berdasarkan standard No. 6 AAOIFI, peraturan di Indonesia baik Bank Indonesia mahupun Otoritas Jasa Keuangan (OJK) dan juga penyelidikan terdahulu.
|
|---|