Kebolehterimaan sumpah (al-Yamin) sebagai keterangan: Analisis terhadap peruntukan undang-undang dan kes di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor / Nik Nur Farahin Nik Zulkifli

Sumpah (al-yamῑn) dalam undang-undang keterangan Islam dikategorikan sebagai kaedah alternatif dan merupakan keterangan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar serta bersifat spiritual yang menyebabkan hakim menerima kaedah keterangan lain yang lebih jelas dan yakin. Justeru itu, kajian ini me...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nik Nur Farahin , Nik Zulkifli
Format: Thesis
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/14550/
http://studentsrepo.um.edu.my/14550/1/Nik_Nur_Farahin.pdf
Description
Summary:Sumpah (al-yamῑn) dalam undang-undang keterangan Islam dikategorikan sebagai kaedah alternatif dan merupakan keterangan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar serta bersifat spiritual yang menyebabkan hakim menerima kaedah keterangan lain yang lebih jelas dan yakin. Justeru itu, kajian ini memfokuskan kepada kebolehterimaan sumpah sebagai keterangan yang boleh mensabitkan kes di Mahkamah Syariah. Maka dengan itu, analisis terhadap aspek-aspek kebolehterimaannya dihuraikan dalam kajian ini berdasarkan hukum Syarak dan peruntukan undang-undang yang berkaitan dengannya. Analisis terhadap kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah dan bagaimana Hakim Syarie melaksanakannya juga dibuat oleh pengkaji. Kaedah kualitatif melalui pengumpulan data secara kajian perpustakaan dan lapangan digunakan dalam kajian ini untuk mengenal pasti peruntukan undang-undang serta kes-kes yang berkaitan dengan pelaksanaan sumpah yang mana data-data yang diperoleh dianalisis secara deduktif dan induktif. Hasil kajian mendapati bahawa Hakim Syarie akan memastikan setiap aspek kebolehterimaan sumpah telah dipenuhi yang mana berpandukan hukum Syarak dan peruntukan undang-undang sebelum pelaksanaannya dilakukan. Selain itu, kajian terhadap kes-kes yang telah diputuskan membuktikan bahawa penelitian telah dibuat terlebih dahulu oleh hakim sebelum mengarahkan sumpah dilaksanakan iaitu selaras dengan peruntukan yang ada supaya pelaksanaannya tidak dilakukan sewenang-wenangnya. Oleh yang demikian, hakim akan lebih yakin untuk memutuskan kes, keadilan dapat dicapai bagi kedua-dua belah pihak yang bertikai dan merupakan kaedah yang berkesan untuk menjimatkan masa dan kos sesuatu kes dengan adanya pelaksanaan sumpah.