Pembangunan model perlindungan hak-hak warga emas dari pengabaian menurut perundangan Islam di Malaysia / Hasiah Mat Salleh
Situasi pengurangan kadar kelahiran dan peningkatan tahap kesihatan penduduk merupakan antara faktor utama yang menjadikan Malaysia bakal menuju ke arah sebuah negara menua menjelang tahun 2035. Walau bagaimanapun, pelbagai isu berkaitan pengabaian dan penderaan warga emas kerap dihebahkan di med...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2022
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/14500/ http://studentsrepo.um.edu.my/14500/2/Hasiah%2DRepository_Form_(1).pdf http://studentsrepo.um.edu.my/14500/1/HASIAH.pdf |
| Summary: | Situasi pengurangan kadar kelahiran dan peningkatan tahap kesihatan penduduk merupakan
antara faktor utama yang menjadikan Malaysia bakal menuju ke arah sebuah negara menua
menjelang tahun 2035. Walau bagaimanapun, pelbagai isu berkaitan pengabaian dan penderaan warga emas kerap dihebahkan di media massa dan media cetak. Bagi mengatasi cabaran ini, kajian ini dijalankan untuk membina Model Perlindungan Hak-Hak Warga Emas dari Pengabaian Menurut Perundangan Islam di Malaysia (Model ERIsP). Pendekatan kajian reka bentuk dan pembangunan diterapkan dalam kajian ini. Berdasarkan pendekatan yang digunakan,
kajian ini dikelaskan kepada tiga [3] fasa utama. Fasa pertama kajian ini merupakan analisis
keperluan dengan melaksanakan pendekatan kajian literatur bersistematik dan sesi temu bual
bersama warga emas yang dipilih. Keperluan pembinaan model ini dianalisis dengan
menggunakan teknik analisis kandungan terhadap data kajian literatur dan teknik tematik
terhadap data dan transkrip temu bual. Fasa seterusnya menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi
(FDM) bagi membina komponen dan elemen model menurut persepsi dan keputusan pakar.
Fasa ketiga iaitu fasa terakhir kajian ialah penilaian kebolehgunaan model berasaskan temu bual
bersama pakar. Penilaian ini dianalisis menggunakan Teknik Kumpulan Nominal (NGT). Hasil
kajian yang diperoleh membuktikan bahawa Model ERIsP amat penting kepada golongan ini.
Lima [5] komponen utama dan elemen-elemen komponen utama juga dipersetujui oleh kesemua
pakar dalam kajian ini bagi memberikan perlindungan yang baik kepada warga emas.
Pembangunan Model ERIsP juga dilihat amat signifikan untuk dijadikan sebagai panduan
dalam memelihara hak-hak warga emas bagi mengatasi isu pengabaian golongan ini. |
|---|