Aliran kritik hadith terhadap isu-isu dalam Muqaddimah Sahih Muslim: Kajian perbandingan antara Rabiʻ al Madkhali dan Hamzah al-Malyabari / Ibrahim Adham Mohd Rokhibi

Wacana kritik hadith semakin rancak dibahaskan dalam kalangan pengkaji semasa pada masa kini melalui kajian terhadap pelbagai kitab dalam bidang hadith. Situasi ini menunjukkan reaksi positif para pengkaji terhadap perkembangan berkaitan ilmu hadith. Antara sarjana yang turut terlibat dalam wacana i...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ibrahim Adham , Mohd Rokhibi
Format: Thesis
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/14465/
http://studentsrepo.um.edu.my/14465/2/Ibrahim_Adham.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/14465/1/Ibrahim_Adham.pdf
_version_ 1848774974151589888
author Ibrahim Adham , Mohd Rokhibi
author_facet Ibrahim Adham , Mohd Rokhibi
author_sort Ibrahim Adham , Mohd Rokhibi
building UM Research Repository
collection Online Access
description Wacana kritik hadith semakin rancak dibahaskan dalam kalangan pengkaji semasa pada masa kini melalui kajian terhadap pelbagai kitab dalam bidang hadith. Situasi ini menunjukkan reaksi positif para pengkaji terhadap perkembangan berkaitan ilmu hadith. Antara sarjana yang turut terlibat dalam wacana ini ialah Rabīʻ al-Madkhalī dan Ḥamzah al-Malyabārī yang merupakan di antara tokoh-tokoh Islam yang berpengaruh. Kedua-dua tokoh pernah saling berbahas berkenaan isu-isu yang berlaku dalam Muqaddimah Ṣaḥīḥ Muslim di mana mereka mempunyai manhaj yang berbeza dalam memahami teks Imam Muslim. Perbezaan yang jelas dapat dilihat apabila berlaku pertembungan pemahaman metode Ṣaḥīḥ Muslim antara kedua tokoh termasuk polemik terhadap isu penerimaan hadith ḍaʻīf menurut Imam Muslim. Seterusnya, isu berkaitan keberadaan hadith-hadith berillat dalam sahihnya, isu metode penerangan hadith berillat dan isu perbezaan penetapan status hadith. Lantaran itu, timbul beberapa persoalan yang perlu dikaji antaranya latar belakang pendidikan kedua tokoh, idea penulisan Ṣaḥīḥ Muslim, tujuan hadith berʻillah dimasukkan ke dalam Ṣaḥīḥ Muslim dan aliran kritik hadith kedua tokoh terhadap isu-isu dalam muqaddimah Ṣaḥīḥ Muslim. Persoalan-persoalan ini telah melahirkan empat objektif yang memandu kajian ini. [Pertama] menjelaskan aliran kritik hadith semasa dan idea penulisan Ṣaḥīḥ Muslim. [Kedua] menghuraikan latar belakang kehidupan Rabīʻ al-Madkhalī dan aliran pemikirannya dalam wacana hadith. [Ketiga] mendedahkan latar belakang kehidupan Ḥamzah al-Malyabārī dan aliran pemikirannya dalam wacana hadith. [Keempat] menganalisis aliran kritik hadith Rabīʻ al-Madkhalī dan Ḥamzah al-Malyabārī terhadap isu-isu dalam muqaddimah Ṣaḥīḥ Muslim. Bagi menyelesaikan objektif tersebut, kajian dilakukan berasaskan kajian kepustakaan (library research) bagi membincangkan isu-isu yang menjadi polemik dan perbincangan antara kedua-dua tokoh tersebut. Kemudian, keseluruhan data tersebut dianalisis menggunakan metode induktif, deduktif, analisis kandungan dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua tokoh mempunyai kepakaran dalam perbahasan manāhij muḥaddithīn dan ʻilal. Namun, terdapat perbezaan pendekatan metodologi kritik hadith antara kedua-dua tokoh iaitu pemahaman terhadap konsep ʻillah, penerimaan hadith daʻif di sisi Imam Muslim, keberadaan ʻillah serta metode penerangan ʻillah dalam Ṣaḥīḥ Muslim dan penetapan status hadith. Berdasarkan kepada perbezaan tersebut, kajian mendapati bahawa setiap tokoh mempunyai hujah dalam melakukan kritikan terhadap hadith-hadith dalam Ṣaḥīḥ Muslim. Dalam hal ini, kajian merumuskan bahawa pendekatan Rabīʻ al-Madkhalī sesuai digunakan untuk pemula dalam bidang hadith, manakala pendekatan Ḥamzah al-Malyabārī pula lebih sesuai diterapkan dalam kalangan pengkaji semasa atau ahli akademik.
first_indexed 2025-11-14T14:06:49Z
format Thesis
id um-14465
institution University Malaya
institution_category Local University
last_indexed 2025-11-14T14:06:49Z
publishDate 2022
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling um-144652023-06-22T23:42:41Z Aliran kritik hadith terhadap isu-isu dalam Muqaddimah Sahih Muslim: Kajian perbandingan antara Rabiʻ al Madkhali dan Hamzah al-Malyabari / Ibrahim Adham Mohd Rokhibi Ibrahim Adham , Mohd Rokhibi AC Collections. Series. Collected works BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc Wacana kritik hadith semakin rancak dibahaskan dalam kalangan pengkaji semasa pada masa kini melalui kajian terhadap pelbagai kitab dalam bidang hadith. Situasi ini menunjukkan reaksi positif para pengkaji terhadap perkembangan berkaitan ilmu hadith. Antara sarjana yang turut terlibat dalam wacana ini ialah Rabīʻ al-Madkhalī dan Ḥamzah al-Malyabārī yang merupakan di antara tokoh-tokoh Islam yang berpengaruh. Kedua-dua tokoh pernah saling berbahas berkenaan isu-isu yang berlaku dalam Muqaddimah Ṣaḥīḥ Muslim di mana mereka mempunyai manhaj yang berbeza dalam memahami teks Imam Muslim. Perbezaan yang jelas dapat dilihat apabila berlaku pertembungan pemahaman metode Ṣaḥīḥ Muslim antara kedua tokoh termasuk polemik terhadap isu penerimaan hadith ḍaʻīf menurut Imam Muslim. Seterusnya, isu berkaitan keberadaan hadith-hadith berillat dalam sahihnya, isu metode penerangan hadith berillat dan isu perbezaan penetapan status hadith. Lantaran itu, timbul beberapa persoalan yang perlu dikaji antaranya latar belakang pendidikan kedua tokoh, idea penulisan Ṣaḥīḥ Muslim, tujuan hadith berʻillah dimasukkan ke dalam Ṣaḥīḥ Muslim dan aliran kritik hadith kedua tokoh terhadap isu-isu dalam muqaddimah Ṣaḥīḥ Muslim. Persoalan-persoalan ini telah melahirkan empat objektif yang memandu kajian ini. [Pertama] menjelaskan aliran kritik hadith semasa dan idea penulisan Ṣaḥīḥ Muslim. [Kedua] menghuraikan latar belakang kehidupan Rabīʻ al-Madkhalī dan aliran pemikirannya dalam wacana hadith. [Ketiga] mendedahkan latar belakang kehidupan Ḥamzah al-Malyabārī dan aliran pemikirannya dalam wacana hadith. [Keempat] menganalisis aliran kritik hadith Rabīʻ al-Madkhalī dan Ḥamzah al-Malyabārī terhadap isu-isu dalam muqaddimah Ṣaḥīḥ Muslim. Bagi menyelesaikan objektif tersebut, kajian dilakukan berasaskan kajian kepustakaan (library research) bagi membincangkan isu-isu yang menjadi polemik dan perbincangan antara kedua-dua tokoh tersebut. Kemudian, keseluruhan data tersebut dianalisis menggunakan metode induktif, deduktif, analisis kandungan dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua tokoh mempunyai kepakaran dalam perbahasan manāhij muḥaddithīn dan ʻilal. Namun, terdapat perbezaan pendekatan metodologi kritik hadith antara kedua-dua tokoh iaitu pemahaman terhadap konsep ʻillah, penerimaan hadith daʻif di sisi Imam Muslim, keberadaan ʻillah serta metode penerangan ʻillah dalam Ṣaḥīḥ Muslim dan penetapan status hadith. Berdasarkan kepada perbezaan tersebut, kajian mendapati bahawa setiap tokoh mempunyai hujah dalam melakukan kritikan terhadap hadith-hadith dalam Ṣaḥīḥ Muslim. Dalam hal ini, kajian merumuskan bahawa pendekatan Rabīʻ al-Madkhalī sesuai digunakan untuk pemula dalam bidang hadith, manakala pendekatan Ḥamzah al-Malyabārī pula lebih sesuai diterapkan dalam kalangan pengkaji semasa atau ahli akademik. 2022-08 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/14465/2/Ibrahim_Adham.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/14465/1/Ibrahim_Adham.pdf Ibrahim Adham , Mohd Rokhibi (2022) Aliran kritik hadith terhadap isu-isu dalam Muqaddimah Sahih Muslim: Kajian perbandingan antara Rabiʻ al Madkhali dan Hamzah al-Malyabari / Ibrahim Adham Mohd Rokhibi. Masters thesis, Universiti Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/14465/
spellingShingle AC Collections. Series. Collected works
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Ibrahim Adham , Mohd Rokhibi
Aliran kritik hadith terhadap isu-isu dalam Muqaddimah Sahih Muslim: Kajian perbandingan antara Rabiʻ al Madkhali dan Hamzah al-Malyabari / Ibrahim Adham Mohd Rokhibi
title Aliran kritik hadith terhadap isu-isu dalam Muqaddimah Sahih Muslim: Kajian perbandingan antara Rabiʻ al Madkhali dan Hamzah al-Malyabari / Ibrahim Adham Mohd Rokhibi
title_full Aliran kritik hadith terhadap isu-isu dalam Muqaddimah Sahih Muslim: Kajian perbandingan antara Rabiʻ al Madkhali dan Hamzah al-Malyabari / Ibrahim Adham Mohd Rokhibi
title_fullStr Aliran kritik hadith terhadap isu-isu dalam Muqaddimah Sahih Muslim: Kajian perbandingan antara Rabiʻ al Madkhali dan Hamzah al-Malyabari / Ibrahim Adham Mohd Rokhibi
title_full_unstemmed Aliran kritik hadith terhadap isu-isu dalam Muqaddimah Sahih Muslim: Kajian perbandingan antara Rabiʻ al Madkhali dan Hamzah al-Malyabari / Ibrahim Adham Mohd Rokhibi
title_short Aliran kritik hadith terhadap isu-isu dalam Muqaddimah Sahih Muslim: Kajian perbandingan antara Rabiʻ al Madkhali dan Hamzah al-Malyabari / Ibrahim Adham Mohd Rokhibi
title_sort aliran kritik hadith terhadap isu-isu dalam muqaddimah sahih muslim: kajian perbandingan antara rabiʻ al madkhali dan hamzah al-malyabari / ibrahim adham mohd rokhibi
topic AC Collections. Series. Collected works
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
url http://studentsrepo.um.edu.my/14465/
http://studentsrepo.um.edu.my/14465/2/Ibrahim_Adham.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/14465/1/Ibrahim_Adham.pdf