Penyelesaian al-Sunnah terhadap amalan khurafat dalam kalangan masyarakat Islam Samarahan Sarawak / Rogayah Chek

Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman. Dilihat menerusi kacamata ilmu secara global, seiring kemajuan ketamadunan yang pesat, digembar gemburkan lagi oleh media massa, amalan khurafat jelas menular dalam kalangan masyarakat Islam secara umum. Pelaksanaan kajian membuktik...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Rogayah , Chek
Format: Thesis
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/14428/
http://studentsrepo.um.edu.my/14428/1/Rogayah_Chek.pdf
Description
Summary:Isu khurafat sememangnya isu yang tidak pernah luput ditelan zaman. Dilihat menerusi kacamata ilmu secara global, seiring kemajuan ketamadunan yang pesat, digembar gemburkan lagi oleh media massa, amalan khurafat jelas menular dalam kalangan masyarakat Islam secara umum. Pelaksanaan kajian membuktikan berlaku penurunan amalan dan kepercayaan generasi antara generasi dan keberadaan budaya dan amalan karut marut dalam kalangan masyarakat setempat, sehingga menggugat ketenteraman umum masyarakat. Justeru, kajian ini berobjektif memberi faham secara lebih komprihensif apakah makna khurafat, kepercayaan dan amalan yang jelas bertentangan dengan konsep dan seruan al-Quran dan al-Hadith kepada masyarakat. Mengenalpasti tahap dan bentuk amalan khurafat dalam kalangan masyarakat adalah antara fokus utama kajian bagi mengenalpasti solusi pengamalan khurafat yang dipamerkan dalam pelbagai bentuk dan gaya dalam kalangan masyarakat setempat. Metodologi kajian secara kuantitatif dan kualitatif dijalankan menerusi rujukan dokumentasi sebagai instrument kajian, dikukuhkan lagi tinjauan penyelidikan lepas serta sumber primer al-Quran dan al-Hadith, kajian ulamak terdahulu dan ilmuan kontemporari. Analisis kajian secara induktif dilaksanakan bagi merumuskan segala maklumat dan hasil kajian. Hasil kajian jelas menunjukkan permasalahan khurafat ini tidak boleh dianggap remeh, malah perlu bersatu mengambil inisiatif memberi faham secara baik, segera, tepat dan berkesan kepada segenap lapisan masyarakat. Ummah kini tidak seharusnya terus terjebak atau terperangkap dalam bahaya khurafat jika hendakkan kemajuan seimbang duniawi dan ukhrawi. Segala halangan-halangan atau sekatan-sekatan psikologi dalam kalangan individu yang meyakini khurafat, perlu dipecahkan menerusi penerapan ilmu pengetahuan mendalam tentang sunnah Rasulullah s.a.w agar mereka tidak berada dalam keadaan ketakutan dan bebas untuk melaksanakan tuntutan sesuatu tugas dengan sempurna.