Penyampaian perkhidmatan jaringan perlindungan sosial dalam kalangan warga emas / Puteh Soraya A. Rahman

Tesis ini merupakan satu kajian tentang penyampaian perkhidmatan jaringan perlindungan sosial kepada populasi terpinggir iaitu warga emas miskin / miskin tegar tegar sebatang kara (WEMTSK) di Malaysia. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang kumpulan sasar iaitu warga...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Puteh Soraya , A. Rahman
Format: Thesis
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/13747/
http://studentsrepo.um.edu.my/13747/1/Puteh_Soraya.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/13747/2/Puteh_Soraya.pdf
Description
Summary:Tesis ini merupakan satu kajian tentang penyampaian perkhidmatan jaringan perlindungan sosial kepada populasi terpinggir iaitu warga emas miskin / miskin tegar tegar sebatang kara (WEMTSK) di Malaysia. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang kumpulan sasar iaitu warga emas miskin / miskin tegar sebatang kara daripada menerima perkhidmatan dan bantuan program jaringan perlindungan sosial. Kajian ini telah menyelidik isu-isu yang membelenggu kecekapan penyampaian perkhidmatan awam ini. Sesi temubual secara mendalam kepada kumpulan sasar dan para pegawai perancang, penyelaras, pelaksana, dan pemantau program jaringan perlindungan sosial sama ada di peringkat pusat, negeri, dan daerah telah dilakukan bagi mengupas isu tersebut, serta meneliti faktor penghalang keberkesanan usaha penyampaian perkhidmatan. Dapatan daripada sesi temubual ini telah dibanding dengan elemen yang terkandung dalam The SERVICE Framework: A Public-service-dominant Approach for Sustainable Public Services yang diketengahkan dalam revolusi pentadbiran awam New Public Governance bagi menentukan kecekapan dan kelestarian sesebuah organisasi perkhidmatan awam. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat empat cabaran utama yang mempengaruhi penyampaian perkhidmatan jaringan perlindungan sosial kepada warga emas miskin / miskin tegar sebatang kara di Malaysia, iaitu (a) cabaran tadbir urus, (b) cabaran kumpulan sasar, (c) cabaran penyelarasan bantuan, dan (d) cabaran pengurusan data. Keempat-empat cabaran ini memerlukan penambahbaikan terutamanya daripada segi komitmen pegawai dan pemimpin tempatan, analisis mikro keperluan kumpulan sasar, penyelarasan pelaksanaan program, dan analitik data raya bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam pada masa hadapan.