Penggunaan lakuan tuturan dalam interaksi semasa kelas Bahasa Cina peringkat prasekolah / Lim Yee Wah

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis-jenis lakuan tuturan yang digunakan oleh kanak-kanak prasekolah semasa mereka berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya dalam kelas bahasa Cina di tadika. Pemerolehan bahasa dan perkembangan bahasa kanak-kanak masih berlaku pada peringkat umur mereka...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Lim , Yee Wah
Format: Thesis
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/12730/
http://studentsrepo.um.edu.my/12730/1/Lim_Yee_Wah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12730/2/Lim_Yee_Wah.pdf
_version_ 1848774719783829504
author Lim , Yee Wah
author_facet Lim , Yee Wah
author_sort Lim , Yee Wah
building UM Research Repository
collection Online Access
description Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis-jenis lakuan tuturan yang digunakan oleh kanak-kanak prasekolah semasa mereka berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya dalam kelas bahasa Cina di tadika. Pemerolehan bahasa dan perkembangan bahasa kanak-kanak masih berlaku pada peringkat umur mereka antara 4 tahun hingga 6 tahun (Piaget, 1964; Saxton, 2017). Data yang dikumpul melibatkan rakaman video semasa kanak-kanak prasekolah sedang belajar, menjalankan aktiviti, bermain dan berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya. Justeru, kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dan kerangka analitikal yang diadaptasi daripada kerangka lakuan tuturan Searle (1976) dan Yule (1996), serta kajian-kajian lakuan tuturan yang terkini (Özge Gül, 2014; Ogiermann, 2015; Takada & Endo, 2015; Kanngiesser et al., 2017) untuk mengklasifikasi jenis-jenis lakuan tuturan yang didapati dalam data. Kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak prasekolah dan guru menggunakan lakuan tuturan yang tertentu dalam komunikasi di kelas semasa sesi kelas bahasa Cina, iaitu lakuan tuturan representatif, direktif, ekspresif dan komisif. Kanak-kanak prasekolah kerap menggunakan lakuan tuturan representatif dan lakuan tuturan direktif, iaitu menyatakan, bertanya dan meminta semasa berkomunikasi dengan guru dan rakan sebaya mereka. Manakala, lakuan tuturan yang paling kerap digunakan oleh guru adalah lakuan tuturan direktif dan lakuan tuturan representatif. Jenis-jenis lakuan tuturan yang kerap digunakan oleh guru adalah mengarah, bertanya dan menyatakan semasa berinteraksi dengan kanak-kanak prasekolah. Kajian ini mendapati lakuan tuturan yang kerap digunakan oleh guru bukan sahaja menunjukkan kategori khusus lakuan tuturan namun kebanyakan adalah menunjukkan kategori kombinasi dua lakuan tuturan yang berbeza, terutamanya kombinasi lakuan tuturan representatif dengan direktif. Jenis-jenis kombinasi lakuan tuturan yang kerap digunakan oleh guru adalah kombinasi menyatakan dengan mengarah dan kombinasi menyatakan dengan bertanya semasa berinteraksi dengan kanak-kanak prasekolah. Kepentingan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penggunaan lakuan tuturan di peringkat kanak-kanak prasekolah semasa berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya dalam bahasa Cina. Kajian pragmatik berkenaan dengan penggunaan lakuan tuturan dalam peringkat prasekolah perlu dijalankan bagi memantapkan dan melengkapkan lagi kajian-kajian yang sedia ada, dan ia juga membawa manfaat kepada para pendidik bagi membantu mereka merancang kaedah pengajaran dan aktiviti mengikut tahap perkembangan bahasa kanak-kanak dengan lebih berkesan.
first_indexed 2025-11-14T14:02:47Z
format Thesis
id um-12730
institution University Malaya
institution_category Local University
last_indexed 2025-11-14T14:02:47Z
publishDate 2020
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling um-127302021-12-05T20:28:29Z Penggunaan lakuan tuturan dalam interaksi semasa kelas Bahasa Cina peringkat prasekolah / Lim Yee Wah Lim , Yee Wah P Philology. Linguistics Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis-jenis lakuan tuturan yang digunakan oleh kanak-kanak prasekolah semasa mereka berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya dalam kelas bahasa Cina di tadika. Pemerolehan bahasa dan perkembangan bahasa kanak-kanak masih berlaku pada peringkat umur mereka antara 4 tahun hingga 6 tahun (Piaget, 1964; Saxton, 2017). Data yang dikumpul melibatkan rakaman video semasa kanak-kanak prasekolah sedang belajar, menjalankan aktiviti, bermain dan berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya. Justeru, kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dan kerangka analitikal yang diadaptasi daripada kerangka lakuan tuturan Searle (1976) dan Yule (1996), serta kajian-kajian lakuan tuturan yang terkini (Özge Gül, 2014; Ogiermann, 2015; Takada & Endo, 2015; Kanngiesser et al., 2017) untuk mengklasifikasi jenis-jenis lakuan tuturan yang didapati dalam data. Kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak prasekolah dan guru menggunakan lakuan tuturan yang tertentu dalam komunikasi di kelas semasa sesi kelas bahasa Cina, iaitu lakuan tuturan representatif, direktif, ekspresif dan komisif. Kanak-kanak prasekolah kerap menggunakan lakuan tuturan representatif dan lakuan tuturan direktif, iaitu menyatakan, bertanya dan meminta semasa berkomunikasi dengan guru dan rakan sebaya mereka. Manakala, lakuan tuturan yang paling kerap digunakan oleh guru adalah lakuan tuturan direktif dan lakuan tuturan representatif. Jenis-jenis lakuan tuturan yang kerap digunakan oleh guru adalah mengarah, bertanya dan menyatakan semasa berinteraksi dengan kanak-kanak prasekolah. Kajian ini mendapati lakuan tuturan yang kerap digunakan oleh guru bukan sahaja menunjukkan kategori khusus lakuan tuturan namun kebanyakan adalah menunjukkan kategori kombinasi dua lakuan tuturan yang berbeza, terutamanya kombinasi lakuan tuturan representatif dengan direktif. Jenis-jenis kombinasi lakuan tuturan yang kerap digunakan oleh guru adalah kombinasi menyatakan dengan mengarah dan kombinasi menyatakan dengan bertanya semasa berinteraksi dengan kanak-kanak prasekolah. Kepentingan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penggunaan lakuan tuturan di peringkat kanak-kanak prasekolah semasa berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya dalam bahasa Cina. Kajian pragmatik berkenaan dengan penggunaan lakuan tuturan dalam peringkat prasekolah perlu dijalankan bagi memantapkan dan melengkapkan lagi kajian-kajian yang sedia ada, dan ia juga membawa manfaat kepada para pendidik bagi membantu mereka merancang kaedah pengajaran dan aktiviti mengikut tahap perkembangan bahasa kanak-kanak dengan lebih berkesan. 2020-02 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/12730/1/Lim_Yee_Wah.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/12730/2/Lim_Yee_Wah.pdf Lim , Yee Wah (2020) Penggunaan lakuan tuturan dalam interaksi semasa kelas Bahasa Cina peringkat prasekolah / Lim Yee Wah. Masters thesis, Universiti Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/12730/
spellingShingle P Philology. Linguistics
Lim , Yee Wah
Penggunaan lakuan tuturan dalam interaksi semasa kelas Bahasa Cina peringkat prasekolah / Lim Yee Wah
title Penggunaan lakuan tuturan dalam interaksi semasa kelas Bahasa Cina peringkat prasekolah / Lim Yee Wah
title_full Penggunaan lakuan tuturan dalam interaksi semasa kelas Bahasa Cina peringkat prasekolah / Lim Yee Wah
title_fullStr Penggunaan lakuan tuturan dalam interaksi semasa kelas Bahasa Cina peringkat prasekolah / Lim Yee Wah
title_full_unstemmed Penggunaan lakuan tuturan dalam interaksi semasa kelas Bahasa Cina peringkat prasekolah / Lim Yee Wah
title_short Penggunaan lakuan tuturan dalam interaksi semasa kelas Bahasa Cina peringkat prasekolah / Lim Yee Wah
title_sort penggunaan lakuan tuturan dalam interaksi semasa kelas bahasa cina peringkat prasekolah / lim yee wah
topic P Philology. Linguistics
url http://studentsrepo.um.edu.my/12730/
http://studentsrepo.um.edu.my/12730/1/Lim_Yee_Wah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12730/2/Lim_Yee_Wah.pdf