Masalah-masalah sosio-ekonomi masyarakat ladang: Satu kajian kes di Ladang Pulau Carey Barat, Selangor / Francis Subramaniam

Ini adalah satu kajian kes ke atas satu masyarakat ladang dengan tujuan melihat masalah-masalah sosio-ekonomi yang dihadapi oleh mereka. Dalam bab pertama, tujuan, bidang, metode serta kesulitan kajian telah dibincangkan. Penulis telah menyentuh mengapa topik ini dipilih serta masalah-masalah yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Francis , Subramaniam
Format: Thesis
Published: 1985
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/12496/
http://studentsrepo.um.edu.my/12496/1/francis_subramaniam.pdf
Description
Summary:Ini adalah satu kajian kes ke atas satu masyarakat ladang dengan tujuan melihat masalah-masalah sosio-ekonomi yang dihadapi oleh mereka. Dalam bab pertama, tujuan, bidang, metode serta kesulitan kajian telah dibincangkan. Penulis telah menyentuh mengapa topik ini dipilih serta masalah-masalah yang dihadapinya dalam mengumpulkan data-data dengan berbagai kaedah.Dalam bab kedua, kedudukan geografi dan sejarah kawasan kajian disentuh. Juga dibincangkan sejarah dan asal-usul penghuni di Pulau tersebut. Dalam bab ketiga, masalah ekonomi telah dikupas secara 'detail'. Aspek-aspek ekonomi yang utama disentuh ialah masalah pekerjaan , pendapatan, perbelanjaan, tabungan dan hak milik. Dalam akhir bab in, satu kesimpulan telah dibuat mengenai ekonomi ladang berkenaan. Dalam bab keempat, penumpuan telah diberi terhadap masalah sosial. Di mana masalah-masalah pendidikan dan kemudahan kernudahan asas ditinjau secara terperinci. Di akhir bab ini satu kesimpulan telah diberi mengenai masalah-masalah ladang ini. Dalam bab kelima dan terakhir, pengkaji telah membuat rumusan masalah-masalah sosio-ekonomi yang dihadapi oleh golongan pekerja di ladang kajian ini. Juga telah diberi satu penilaian terhadap masalah-masalah ladang ini. Akhir sekali, pengkaji juga telah menyarankan beberapa langkah dan program yang harus dilakukan bagi megatasi masalah kelas pekerja di ladang Carey Barat.