Pembangunan luar bandar dan kedudukan sosio-ekonomi petani: Satu kajian di Kampung Jawa Endau, Rompin, Pahang / Ahmad Zafir Abdul Samad
Penyelidikan ini adalah mengenai pembangunan luar bandar dan kedudukan sosio-ekonomi petani dengan tumpuan kajian di Kampung Jawa, Endau, Rompin, Pahang. Latihan ilmiah ini mengandungi enam bab. Bab I, pendahuluan dengan membincangkan pengenalan kepada masyarakat tani. Seterusnya pengkaji menghuraik...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
1986
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/12281/ http://studentsrepo.um.edu.my/12281/1/ahmad_zafir.pdf |
| Summary: | Penyelidikan ini adalah mengenai pembangunan luar bandar dan kedudukan sosio-ekonomi petani dengan tumpuan kajian di Kampung Jawa, Endau, Rompin, Pahang. Latihan ilmiah ini mengandungi enam bab. Bab I, pendahuluan dengan membincangkan pengenalan kepada masyarakat tani. Seterusnya pengkaji menghuraikan tujuan kajian, termasuk hiopotesis, bidang kajian, kepentingan kajian, kaedah kajian, pemilihan tempat dan kesulitan yang dihadapi. Bab II membincangkan serba sedikit mengenai konsep dan pengertian pembangunan berdasarkan pendapat beberapa orang pengkaji, definisi luar bandar dan penduduk luar bandar, konsep kemiskinan, pengukuran serta teori berkaitan dengan kemiskinan, pengukuran serta teori berkaitan dengan kemiskinan dan sosio-ekonomi. Seterusnya disentuh juga keadaan kemiskinan di Negeri Pahang. Bab III membincangkan mengenaui latarbelakang tempat kajian berdasarkan kajian yang dijalankan. Perbincangan termasuklah sejarah pembukaan, keadaan geografi, kemudahan asas yang disediakan dan juga corak kepimpinan kampung. Bab IV membincangkan keadaan petani di kampung ini dan kampung sekitar yang dikaji. Khususnya dalam bab ini ialah memgenai pekerjaan dan tanaman yang diusahakan dan bagaimana tanaman itu dilakukan. Juga termasuk dalam bab ini adalah mengenai keluasan dan pendapatan yang diperolehi. Bab V membincangkan masalah yang dihadapi oleh para petani dan menghuraikan bagaimana masalah itu mempengaruhi kehidupan dan pekerjaan seharian. Penekanan masalah ialah di bidang sosial dan ekonomi. Juga didedahkan peranan agensi kerajaan dan apakah peranan yang dimainkan. Juga disentuh mengenai Dasar Pertanian Negara. Bab VI adalah merupakan bab penutup. Pengkaji telah menyimpulkan rumusan dari hasil penyelidikan yang telah dijalanakan. Di dalam bab ini, pengkaji turut memberikan beberapa cadangan yang dirasakan sesuai untuk kawasan ini bagi memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi petani dan kelemahan yang wujud.
|
|---|