Pakej pembelajaran pintar 3b bermultimedia / Intan Sharinah Sharif
Pembangunan perisian melalui web atau CD semakin mendapat perhatian dewasa ini khususnya di kalangan pembangun sistem di mana penggunaan ke atasnya juga mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya di kalangan pelajar samada pada peringkat tinggi, pertengahan ataupun rendah. Projek yang dibangunkan...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2001
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/12226/ http://studentsrepo.um.edu.my/12226/1/Intan_Sharinah_Sharif.pdf |
| Summary: | Pembangunan perisian melalui web atau CD semakin mendapat perhatian dewasa ini khususnya di kalangan pembangun sistem di mana penggunaan ke atasnya juga mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya di kalangan pelajar samada pada peringkat tinggi, pertengahan ataupun rendah. Projek yang dibangunkan ini dikenali dengan Pakej Pembelajaran Pintar Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab Bermultimedia berasaskan web. Ia dibangunkan khususnya bagi kegunaan pelajar-pelajar sekolah rendah bagi memudahkan sesi pembelajaran dari segi pengetahuan dalam pelbagai bahasa pertuturan. Pakej ini dibangunkan adalah bertujuan untuk mcmahirkan serta memberi peluang
kepada pengguna untuk lebih mudah mempelajari 3 jenis bahasa pertuturan dalam masa yang singkat. Dari segi permulaan, pakej ini dibangunkan dengan menitikberatkan
kepada 3 bahasa pertuturan iaitu Bahasa lnggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Pakej ini lebih istimewa berbanding pakej pembelajaran lain yang telah sedia ada kerana kebiasaan pakej yang sedia ada hanya melibatkan skop Bahasa lnggeris, Bahasa Melayu sahaja tetapi pakej ini rnenyediakan pencarian perkataan melibatkan Bahasa lnggeris-Bahasa Melayu-Bahasa Arab yang juga disertakan dengan huraian ringkas, terjemahan dan contoh ayat.
Bagi mewujudkan persekitaran ang berkonsepkan mesra pengguna, pakej ini telah dibangunkan dengan menggunakan perisian Visual Basic 6.0 dan Microsoft Access 97. Diharapkan semoga Pakej Pembelajaran Pintar 3B ini akan mendapat sambutan dan memenuhi kehendak pengguna khususnya pelajar-pelajar sekolah rendah. |
|---|