Tahap kemiskinan masyarakat Orang Asli melalui pendekatan model kemiskinan multidimensi di Malaysia: Kajian kes di Terengganu / Muhammad Fuad Abdullah

Kemiskinan dan ketidakseimbangan sosioekonomi merupakan suatu fenomena global yang perlu ditangani dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Namun begitu, pengukuran kemiskinan unidimensi (pendapatan atau perbelanjaan) melalui purata pendapatan garis kemiskinan (PGK) digunakan di Malaysi...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Fuad , Abdullah
Format: Thesis
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/12085/
http://studentsrepo.um.edu.my/12085/2/Muhammad_Fuad.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12085/1/Muhammad_Fuad.pdf
_version_ 1848774558844190720
author Muhammad Fuad , Abdullah
author_facet Muhammad Fuad , Abdullah
author_sort Muhammad Fuad , Abdullah
building UM Research Repository
collection Online Access
description Kemiskinan dan ketidakseimbangan sosioekonomi merupakan suatu fenomena global yang perlu ditangani dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Namun begitu, pengukuran kemiskinan unidimensi (pendapatan atau perbelanjaan) melalui purata pendapatan garis kemiskinan (PGK) digunakan di Malaysia tidak menggambarkan kekurangan dan taraf hidup sebenar masyarakat. Pendekatan pengukuran kemiskinan multidimensi yang diperkenalkan oleh United Nations Development Programme (UNDP) merupakan metode yang lebih sesuai digunakan dalam mengukur kemiskinan sebenar masyarakat kerana ia melibatkan pelbagai dimensi dan indikator. Oleh yang demikian, kajian ini telah mengaplikasikan kaedah pengukuran kemiskinan multidimensi menggunakan empat dimensi dengan 17 indikator terhadap masyarakat Orang Asli di Terengganu, Malaysia. Objektif kajian ini adalah 1. Untuk mengkaji hubungan antara pemboleh ubah sosioekonomi dengan PGK bagi masyarakat Orang Asli di Terengganu; 2. Untuk mengenal pasti dimensi dan indikator kemiskinan yang menyebabkan kemiskinan masyarakat Orang Asli di Terengganu; dan 3. Untuk menentukan indeks kemiskinan menggunakan IKM bagi perkampungan masyarakat Orang Asli di Terengganu. Hasil kajian mendapati hanya terdapat tiga pemboleh ubah sosioekonomi yang mempunyai hubungan signifikan dengan PGK iaitu pendidikan, jenis pekerjaan dan dividen FELCRA. Menerusi pengukuran kemiskinan multidimensi, kekurangan tertinggi adalah dalam dimensi kekayaan diikuti pendidikan dan taraf hidup. Kajian ini juga mendapati, kekurangan tertinggi adalah dalam indikator ternakan komersial diikuti pengurusan sampah, tahun tamat persekolahan dan pendapatan. Selain itu, indeks kemiskinan IKM paling tinggi adalah di Kampung Sungai Pergam, Kemaman (3.9%) pada garis pemisah k=9 berbanding kampung-kampung lain. Oleh yang demikian, pendekatan kemiskinan multidimensi merupakan suatu kaedah pengukuran kemiskinan yang bersifat komprehensif dan mampu menunjukkan tahap kemiskinan sebenar kelompok masyarakat yang dikaji berbanding menggunakan kaedah pengukuran unidimensi. Hasil kajian ini membuktikan masyarakat Orang Asli khususnya di Terengganu masih lagi miskin walaupun matlamat pembangunan lestari menunjukkan tahap kesejahteraan hidup di Malaysia adalah baik. Kajian ini adalah penting kepada kerajaan khususnya JAKOA dan pembuat polisi dalam memberikan bantuan serta melaksanakan program pembasmian kemiskinan yang efektif kepada Orang Asli.
first_indexed 2025-11-14T14:00:13Z
format Thesis
id um-12085
institution University Malaya
institution_category Local University
last_indexed 2025-11-14T14:00:13Z
publishDate 2020
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling um-120852023-01-02T22:51:24Z Tahap kemiskinan masyarakat Orang Asli melalui pendekatan model kemiskinan multidimensi di Malaysia: Kajian kes di Terengganu / Muhammad Fuad Abdullah Muhammad Fuad , Abdullah H Social Sciences (General) HT Communities. Classes. Races Kemiskinan dan ketidakseimbangan sosioekonomi merupakan suatu fenomena global yang perlu ditangani dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Namun begitu, pengukuran kemiskinan unidimensi (pendapatan atau perbelanjaan) melalui purata pendapatan garis kemiskinan (PGK) digunakan di Malaysia tidak menggambarkan kekurangan dan taraf hidup sebenar masyarakat. Pendekatan pengukuran kemiskinan multidimensi yang diperkenalkan oleh United Nations Development Programme (UNDP) merupakan metode yang lebih sesuai digunakan dalam mengukur kemiskinan sebenar masyarakat kerana ia melibatkan pelbagai dimensi dan indikator. Oleh yang demikian, kajian ini telah mengaplikasikan kaedah pengukuran kemiskinan multidimensi menggunakan empat dimensi dengan 17 indikator terhadap masyarakat Orang Asli di Terengganu, Malaysia. Objektif kajian ini adalah 1. Untuk mengkaji hubungan antara pemboleh ubah sosioekonomi dengan PGK bagi masyarakat Orang Asli di Terengganu; 2. Untuk mengenal pasti dimensi dan indikator kemiskinan yang menyebabkan kemiskinan masyarakat Orang Asli di Terengganu; dan 3. Untuk menentukan indeks kemiskinan menggunakan IKM bagi perkampungan masyarakat Orang Asli di Terengganu. Hasil kajian mendapati hanya terdapat tiga pemboleh ubah sosioekonomi yang mempunyai hubungan signifikan dengan PGK iaitu pendidikan, jenis pekerjaan dan dividen FELCRA. Menerusi pengukuran kemiskinan multidimensi, kekurangan tertinggi adalah dalam dimensi kekayaan diikuti pendidikan dan taraf hidup. Kajian ini juga mendapati, kekurangan tertinggi adalah dalam indikator ternakan komersial diikuti pengurusan sampah, tahun tamat persekolahan dan pendapatan. Selain itu, indeks kemiskinan IKM paling tinggi adalah di Kampung Sungai Pergam, Kemaman (3.9%) pada garis pemisah k=9 berbanding kampung-kampung lain. Oleh yang demikian, pendekatan kemiskinan multidimensi merupakan suatu kaedah pengukuran kemiskinan yang bersifat komprehensif dan mampu menunjukkan tahap kemiskinan sebenar kelompok masyarakat yang dikaji berbanding menggunakan kaedah pengukuran unidimensi. Hasil kajian ini membuktikan masyarakat Orang Asli khususnya di Terengganu masih lagi miskin walaupun matlamat pembangunan lestari menunjukkan tahap kesejahteraan hidup di Malaysia adalah baik. Kajian ini adalah penting kepada kerajaan khususnya JAKOA dan pembuat polisi dalam memberikan bantuan serta melaksanakan program pembasmian kemiskinan yang efektif kepada Orang Asli. 2020-09 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/12085/2/Muhammad_Fuad.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/12085/1/Muhammad_Fuad.pdf Muhammad Fuad , Abdullah (2020) Tahap kemiskinan masyarakat Orang Asli melalui pendekatan model kemiskinan multidimensi di Malaysia: Kajian kes di Terengganu / Muhammad Fuad Abdullah. PhD thesis, Universiti Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/12085/
spellingShingle H Social Sciences (General)
HT Communities. Classes. Races
Muhammad Fuad , Abdullah
Tahap kemiskinan masyarakat Orang Asli melalui pendekatan model kemiskinan multidimensi di Malaysia: Kajian kes di Terengganu / Muhammad Fuad Abdullah
title Tahap kemiskinan masyarakat Orang Asli melalui pendekatan model kemiskinan multidimensi di Malaysia: Kajian kes di Terengganu / Muhammad Fuad Abdullah
title_full Tahap kemiskinan masyarakat Orang Asli melalui pendekatan model kemiskinan multidimensi di Malaysia: Kajian kes di Terengganu / Muhammad Fuad Abdullah
title_fullStr Tahap kemiskinan masyarakat Orang Asli melalui pendekatan model kemiskinan multidimensi di Malaysia: Kajian kes di Terengganu / Muhammad Fuad Abdullah
title_full_unstemmed Tahap kemiskinan masyarakat Orang Asli melalui pendekatan model kemiskinan multidimensi di Malaysia: Kajian kes di Terengganu / Muhammad Fuad Abdullah
title_short Tahap kemiskinan masyarakat Orang Asli melalui pendekatan model kemiskinan multidimensi di Malaysia: Kajian kes di Terengganu / Muhammad Fuad Abdullah
title_sort tahap kemiskinan masyarakat orang asli melalui pendekatan model kemiskinan multidimensi di malaysia: kajian kes di terengganu / muhammad fuad abdullah
topic H Social Sciences (General)
HT Communities. Classes. Races
url http://studentsrepo.um.edu.my/12085/
http://studentsrepo.um.edu.my/12085/2/Muhammad_Fuad.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/12085/1/Muhammad_Fuad.pdf