Online consultant: Health & nutrition / Siva Sangari Devi Murugiah

Pada masa kini, pelbagai penyakit yang menyerang masyarakat kita yang tidak mengira umur dan jantina merupakan salah satu isu hangat yang diperkatakan. Salah satu sebabnya adalah pemakanan. Pengguna menjadi serba salah dan mempunyai pengetahuan yang tidak seberapa mengenai jenis pemakanan yang harus...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Siva Sangari Devi , Murugiah
Format: Thesis
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11876/
http://studentsrepo.um.edu.my/11876/1/siva_sangari_devi.pdf
Description
Summary:Pada masa kini, pelbagai penyakit yang menyerang masyarakat kita yang tidak mengira umur dan jantina merupakan salah satu isu hangat yang diperkatakan. Salah satu sebabnya adalah pemakanan. Pengguna menjadi serba salah dan mempunyai pengetahuan yang tidak seberapa mengenai jenis pemakanan yang harus mereka amalkan berdasarkan tubuh badan mereka. Berdasarkan senario ini, satu sistem yang berdasarkan web iaitu ‘Online consultant: Health and nutrition’ adalah wajar dibangunkan. Sistem ini bertujuan untuk memberi pelbagai maklumat berguna berkaitan pemakanan yang seimbang dan penyakit-penyakit yang sering menyerang masyarakat kita akibat pemakanan yang tidak seimbang. Sistem ini terdiri daripada dua modul utama iaitu modul pentadbir dan modul pengguna. Untuk merealisasikan tujuan utama sistem ini dibangunkan, laman web-laman web yang sedia ada telah dikaji untuk meningkatkan lagi prestasi sitem ini. Selain itu, segala keperluan untuk sistem ini turut dikumpulkan dengan menggunakan kaedah soal-selidik. Maklum balas yang diterima diimplementasikan ke dalam pembangunan sistem. Latihan ilmiah ini dapat mengenal pasti ciri-ciri dan persoalan yang perlu diberi pertimbangan bagi mereka bentuk satu sistem yang dapat menarik perhatian pengguna serta memupuk minat mereka untuk mengamalkan cara pemakanan yang menyihatkan di dalam kehidupan seharian mereka.