Peranan dan sumbangan Pusat Latihan Belia Pertak di dalam proses pembangunan belia dan negara / Khairi Razali

Kajian ini adalah mengenai peranan dan sumbangan Pusat Latihan Belia Pertak di dalam proses pembangunan belia dan negara. Isi kandungan pada latihan ilmiah ini mengandungi enam bab. Bab I - Iaitu Bab Pendahuluan. Penulis menghuraikan tentang tujuan dan bidang kajian, cara-cara kajian dijalankan dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Khairi , Razali
Format: Thesis
Published: 1988
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11809/
http://studentsrepo.um.edu.my/11809/1/khairi_razali.pdf
Description
Summary:Kajian ini adalah mengenai peranan dan sumbangan Pusat Latihan Belia Pertak di dalam proses pembangunan belia dan negara. Isi kandungan pada latihan ilmiah ini mengandungi enam bab. Bab I - Iaitu Bab Pendahuluan. Penulis menghuraikan tentang tujuan dan bidang kajian, cara-cara kajian dijalankan dan masalah-masalah yang dihadapi semasa membuat kajian. Bab II - Penulis membincanglcan tentang konsep belia dan pertumbuhnn Pusat Latihan Belia. Dalam bab ini pengkaji membincangkan tentang struktur dan organisasi pentadbiran PLBP serta kemudahan dan syarat-syarat kemasukan ke PLBP. Bab III penulis membincangkan tentang Unit Kepimpinan dalama melatih pemimpin-pemimpin belia yang berjaya. Di antara yang menjadi fokus utama tumpuan pengkaji adalah menhenai kursus-kursus yang dijalankan di bawah Unit Kepimpinan di mana terdapat enam kursus yang dijalankan. Di antaranya termasuklah Kursus Kepimpinan Lanjutan, Komunikasi, Metodologi Latihan Unit Pekerja Belia, Kursus Antarabangsa Pekerja Belia, Kursus Kepimpinan Khas Guru-Guru Pelatih Malaysia dan akhirnya kursus bercorak kepimpinan yang diarahkan dari masa ke semasa. Bab IV adalah mengenai Unit Kemahiran yang dijalankan di Pusat Latihan Belia Pertak. Unit Kemahiran ini ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih belia-belia bagi melengkapkan diri mereka dengan pelajaran dan pengetahuan dalam bidang yang dipilih bagi membolehkan belia-belia menjalankan perniagaan sendiri sebagai usahawan muda. Bab V adalah mengenai kajian susulan ke atas belia-belia yang telah mengikuti latihan di Pusat Latihan Belia Pertak. Bab VI adalah bab kesimpulan di mana pengkaji membincangkan mengenai rumusan terhadap peranan belia dan Pusat Latihan Belia Pertak ke arah pembangunan negara. Dalam bab ini juga pengkaji ada membincangkan mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh PLBP serta langkah-langkah dan cadangan untuk mengatasi masalah belia di negara ini.