Konflik kebudayaan: Satu kajian kes di Matsushita Electronic Component Sungai Way, Selangor / Chow Yook Siong

Ini adalah satu kajian kes tentang konflik kebudayaan di dalam sebuah kilang yang bernama Matsushita Electronic Component Sungai Way, Selangor iaitu salah sebuah kilang Jepun di kawasan perdagangan bebas yang terbesar di Malaysia. Kajian ini dibahagikan kepada 5 bab. Bab I memperkatakan tentang tuju...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Chow , Yook Siong
Format: Thesis
Published: 1984
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11720/
http://studentsrepo.um.edu.my/11720/1/chow_yook_siong.pdf
Description
Summary:Ini adalah satu kajian kes tentang konflik kebudayaan di dalam sebuah kilang yang bernama Matsushita Electronic Component Sungai Way, Selangor iaitu salah sebuah kilang Jepun di kawasan perdagangan bebas yang terbesar di Malaysia. Kajian ini dibahagikan kepada 5 bab. Bab I memperkatakan tentang tujuan, bidang, metode dan masalah kajian. Di dalam kajian bab II, pengkaji membincangkan tentang konsep-konsep yyang digunakan yang berkaitan dengan latihan ilmiah ini. Antara konsep-konsep yang diperkatakan ialah konsep kebudayaan , perubahan kebudayaan, konflik kebudayaan, sistem pengurusan Jepun serta sistem pengurusan barat yang membincangkan berbagai aspek seperti pengambilan pekerja, kenaikan pangkat, kelompok kerja dan membuat keputusan. Di dalam bab III, perkara-perkara yang dibincangkan termasuk latar belakang kilang, struktur organisasi kilang, polisi kilang, keadaan kerja pekerja serta pengambilan pekerja. Di dalam bab ini, boleh dikatakan ia membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan-peraturan yang ada di dalam kilang MECOM dan peraturan-peraturan ini adalah sesuatu yang berdasarkan kepada sistem pengurusan Jepun. Bab IV membincangkan perhubungan yang berlaku di kilang MECOM. Perhubungan itu berlaku akibat daripada interaksi yang berkalu di antara pekerja-pekerja tempatan dengan pengurus tempatan serta pengurus Jepun. Aspek-aspek yang penting diperkatakan ialah organisasi kerja, komunikasi kerja, kenaikan pangkat dan promosi, sikap pekerja terhadap pekerjaan dan majikan Jepun, sikap pengurus Jepun terhadap pekerja tempatan, sikap pengurus tempatan terhadap pekerja tempatan dan pandangan pengurus tempatan terhadap sistem pengurusan Jepun. Bab akhir iaitu bab V merumuskan penemuan hasil-hasil yang diperoleh dari kajian dan juga menyimpulkan perkara-perkara yang telah diperbincangkan di dalam bab-bab sebelumnya. Di dalam bab ini juga, pengkaji ,mengemukakan konflik kebudayaan yang berlaku di kilang MECOM serta pengkaji juga memberi saranan dan pandangan untuk ditujukan kepada pihak-pihak tertentu supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil oleh pihak-pihak berkenaan.