Peranan bomoh dalam masyrakat Melayu hari ini / Fadzillah Musa

Latihan ilmiah ini dilakukan adalah untuk mengkaji sejauh manakah peranan bomoh di dalam masyarakat Melayu hari ini khususnya di Perlis di mana kajian ini dilakukan. Memandangkan hari ini telah wujud institusi perubatan moden, maka bolehlah dilihat sama ada bomoh masih lagi berfungsi di dalam masyar...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Fadzillah , Musa
Format: Thesis
Published: 1981
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11692/
http://studentsrepo.um.edu.my/11692/1/fadzillah.pdf
Description
Summary:Latihan ilmiah ini dilakukan adalah untuk mengkaji sejauh manakah peranan bomoh di dalam masyarakat Melayu hari ini khususnya di Perlis di mana kajian ini dilakukan. Memandangkan hari ini telah wujud institusi perubatan moden, maka bolehlah dilihat sama ada bomoh masih lagi berfungsi di dalam masyarakat Melayu dengan membandingkan kedua institusi ini. Dalam pengenalan bab I, pengkaji terlebih dahulu menghuraikan mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan skop kajian termasuklah soalan-soalan penyelidikan, metodologi yang digunakan serta masalah-masalah yang dihadapi sewaktu menjalankan kajian. Sementara itu bab II pula membincangkan mengenai karya-karya berkenaan bomoh di Malaysia. Latar belakang serta sudut pandangan bomoh pula dihuraikan di dalam bab III. Sementara cara perubatan bomoh digambarkan seterusnya dalam bab IV. Di sini juga diberi gambaran mengenai peranan bomoh sebagai seorang pengubat sakit dan juga sebagai seorang “ritualist’.