Kedudukan dan pola pemilikan tanah yang melebihi 100 ekar di Batu Pahat / Hasbullah Hassan
Kajian ini adalah mengenai tanah-tanah yang melebihi 100 ekar di daerah Batu Pahat. Apa yang cuba diperhatikan ialah kedudukan dan pola pemilikan tanah-tanah tersebut. Di samping itu juga, akan dilakukan perbandingan antara tanah-tanah sedemikian yang terdapat pada masa awal pemilikannya dan pada m...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
1984
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/11654/ http://studentsrepo.um.edu.my/11654/1/Hasbullah_Hassan.pdf |
| Summary: | Kajian ini adalah mengenai tanah-tanah yang melebihi
100 ekar di daerah Batu Pahat. Apa yang cuba diperhatikan ialah kedudukan dan pola pemilikan tanah-tanah tersebut. Di samping itu juga, akan dilakukan perbandingan antara tanah-tanah sedemikian yang terdapat pada masa awal pemilikannya dan pada masa sekarang. Kajian ini akan dibahagikan kepada empat bab. Bab I akan menghuraikan tentang asas-asas kepada kajian. Apa yang dihuraikan ialah mengenai bidang dan tujuan kajian, methodologi
kajian, masalah kajian dan latarbelakang tempat. Dalam Bab 2, pengkaji akan meneliti pola-pola pemilikan
tanah-tanah yang melebihi 100 ekar dari perspaktif kategori pemilik. Kajian juga dilakukan terhadap mukim-mukim yang terlibat. Kategori-kategori pemilik tersebut ialah kerajaan, persendirian, syarikat dan tiada maklumat. Di dalam bab ini juga akan dilakukan perbandingan antara pemilik-pemilik pertama dan terakhir bagi kategori pemilik dan mukim. Bab 3 pula akan menerangkan pola-pola pemilikan tanah yang terdapat dikalangan berbagai golongan ethnik. Golongan-golongan
ethnik tersebut ialah Melayu, Cina, India dan lain-lain golongan ethnik. Pola-pola pemilikan berbagai golongan ethnik ini juga akan dilihat dari aspek berbagai mukim yang terlibat. Perbandingan antara pemi]ik pertama dan terakhir juga akan dilakukan. Di dalam bab ini juga akan di huraikan berkenaan dengan pola pemindahan hakmilik yang berlaku pada tanah-tanah tersebut. Bab 4 pula ialah tentang kesimpulan-kesimpulan yang dapat dibuat hasil dari kajian yang telah dilakukan. Ia juga mengandungi
penutup pada kajian. |
|---|