Peranan upacara dan pantang larang dalam Masyarakat Melayu Gemencheh / Zaimah Daud
Dipercayai mula timbulnya kepercayaan adalah dari manusia primitif lagi iaitu masyarakat yang hidupnya serba simple. Dalam masyarakat simple aktiviti ekonomi ditumpukan kepada pertanian. Unit keluarga merupakan unit yang terpenting bagi pengeluaran. Mereka menjalankan ekonomi secukup hidup di mana...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
1974
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/11639/ http://studentsrepo.um.edu.my/11639/1/Zaimah_Daud.pdf |
| Summary: | Dipercayai mula timbulnya kepercayaan adalah dari
manusia primitif lagi iaitu masyarakat yang hidupnya serba simple. Dalam masyarakat simple aktiviti ekonomi ditumpukan kepada pertanian. Unit keluarga merupakan unit yang terpenting bagi pengeluaran. Mereka menjalankan ekonomi secukup hidup di mana hasil pengeluaran hanya cukup untuk memenuhi keperluan yang asasi bagi hidup mereka. Masyarakat simple suka hidup berkelompok yang tinggal di dalam satu kawasan. Tiap-tiap ahli anggota dalam kelompok mempunyai hubungan yang rapat berasaskan
ikatan kekeluargaan. Sistem politik mereka juga simple yang hanya cukup untuk mengendalikan masyarakat yang kecil bilangan anggotanya. Sistem kepercayaan masyarakat simple adalah berunsur supernatural yang dikenal sebagai animisma iaitu mereka percaya kepada kuasa atau tenaga ghaib, hantu, jembalang, jin yang menjadi penunggu
anasir-anasir alam seperti sungai, batu besar, pokok kayu, tasik, hutan rimba dan sebagainya. Wujudnya kepercayaan demikian adalah berkait rapat dengan hidup
mereka sehari-hari di mana dalam memenuhi keperluan hidup masyarakat simple yang kekurangan alat-alat kelengkapan, mereka terpaksa menghadapi malapetaka atau bencana alam seperti banjir, kemarau, guruh dan kilat yang sentiasa
menjadi tanda tanya dan di luar kekuasaan mereka. |
|---|