Status sosio-ekonomi dan masalah-masalah para pekerja Lembaga Pelabuhan Johor / Mazlan Abu Yamin

Dalam mengkaji tentang status sosio-ekonomi para pekerja di Lembaga Pelabuhan Johor, banyak aspek yang dikaji demi mencapai matlamat apa yang dikaji. Banyak perkara yang berkembang dan membawa berbagai perubahan terhadap seseorang atau masyarakat. Penumpuan dibuat terhadap keadaan sosial dan ekonomi...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mazlan , Abu Yamin
Format: Thesis
Published: 1988
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11583/
http://studentsrepo.um.edu.my/11583/1/mazlan.pdf
Description
Summary:Dalam mengkaji tentang status sosio-ekonomi para pekerja di Lembaga Pelabuhan Johor, banyak aspek yang dikaji demi mencapai matlamat apa yang dikaji. Banyak perkara yang berkembang dan membawa berbagai perubahan terhadap seseorang atau masyarakat. Penumpuan dibuat terhadap keadaan sosial dan ekonomi serta beberapa hal lain para pekerja yang menjadi responden. Dalam usaha mendapatkan maklurnat atau data yang diperlukan pengkaji menggunakan beberapa kaedah kajian. Antaranya kaedah perpustakaan soal selidik (borang), temubual dan pemerhatian serta analisa fail. Penggunaan kaedah-kaedah tersebut berdasarkan unsur-unsur atau situasi tertentu. Setiap satu kaedah tersebul ada yang terpaksa digunakan secara serentak atau bergabung. Banyak kesulitan timbul ketika menggunakan kaedah-kaedah tersebut. Misalnya, ada kaedah yang tidak boleh alau kurang sesuai untuk dipraktikan terhadap responden dan situasi tertentu. Ada juga masalah yang didatangkan oleh responden seperti kurangnya kerjasama apabila diminta menjawab soalan-soalan yang dikcmukakan. Jelasnya pengkaji terpaksa membuat beberapa perubahan terhadap isi kandungan di dalam kaedah-kaedah yang digunakan bagi menyelesaikan dengan kemahuan atau keadaan responden. Di dalam bab pertama, dibincangkan tentang beberapa aspek penting di dalam membuat kajian. Antaranya, pemerhatian tentang konsep pelabuhan, bidang kajian, tujuan kajian, kaedah kajian, masalah-masalah pengkaji dalam menjalankan survey.