Sistem Pakar Pemilihan Kerjaya (SPPK) / Azmeer Muhtar

Sistem Pakar Pemilihan Kerjaya (SPPK) merupakan sebuah sistem pakar yang dibangunkan untuk memodelkan kebolehan seseorang pakar dalam menentukan kerjaya yang sesuai untuk pengguna berdasarkan ciri-ciri tertentu dan juga sebagai penasihat kepada pengguna berkenaan dengan kerjaya. Sistem pakar ini ber...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Azmeer, Muhtar
Format: Thesis
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11564/
http://studentsrepo.um.edu.my/11564/1/Azmeer_Muhtar.pdf
Description
Summary:Sistem Pakar Pemilihan Kerjaya (SPPK) merupakan sebuah sistem pakar yang dibangunkan untuk memodelkan kebolehan seseorang pakar dalam menentukan kerjaya yang sesuai untuk pengguna berdasarkan ciri-ciri tertentu dan juga sebagai penasihat kepada pengguna berkenaan dengan kerjaya. Sistem pakar ini berkebolehan dalam memberi penyelesaian, penerangan serta cadangan setelah input dimasukkan oleh pengguna. SPPK dibangunkan dengan menggunakan teknik perwakilan pengetahuan berasaskan perundangan atau syarat dan teknik taakulan rantaian ke hadapan. Komponen utama sistem adalah pangkalan pengetahuan dan enjin inferens di mana pangkalan pengetahuan mengandungi domain pengetahuan yang diperolehi daripada pakar kerjaya manakala enjin inferens bertindak sebagai pemproses pengetahuan. Sistem ini dibangunkan menggunakan perisian Visual Prolog 5.2 dan boleh dilarikan di dalam komputer peribadi yang menggunakan persekitaran Window 9x dan ke atas.