Laman web aplikasi geometri bergrafik / Hafez Abdul Aziz

Perkembangan abad ke 21 telah membawa perubahan yang mendadak terutamanya dalam industri berkaitan teknologi maklumat. Pelbagai istilah baru telah diperkenalkan kepada masyarakat di seluruh dunia seperti e-pendidikan, e-membeli-belah, e-perdagangan dan pelbagai istilah yang lain lagi.Selain itu, tek...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hafez , Abdul Aziz
Format: Thesis
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11563/
http://studentsrepo.um.edu.my/11563/1/laman_web_aplikasi_Geometri.pdf
Description
Summary:Perkembangan abad ke 21 telah membawa perubahan yang mendadak terutamanya dalam industri berkaitan teknologi maklumat. Pelbagai istilah baru telah diperkenalkan kepada masyarakat di seluruh dunia seperti e-pendidikan, e-membeli-belah, e-perdagangan dan pelbagai istilah yang lain lagi.Selain itu, teknologi internet memainkan perananan yang penting apabila hampir kesemua urusan harian boleh dijalankan melaluinya. Dengan hanya satu klik pada tetikus pelbagai urusan boleh diselesaikan dalam sekelip mata. Ekoran daripada perkembangan ini menjadi dorongan untuk membina laman web aplikasi geometri bergrafik. Laman web aplikasi geometri dibangunkan khusus untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat pra universiti dan kolej. Penyampaian laman web adalah dalam bahasa melayu ini kerana faktor kekurangan laman web sebegini yang dibangunkan menggunakan bahasa melayu sebagai medium pengantaranya. Pembinaan laman web aplikasi geometri bergrafik dilakukan berpandukan kepada kitar hayat pernbangunan sistem. Antara fasa-fasa yang terdapat dalam kitar hayat pembangunan sistem ialah perancangan sistem, analisa sistem, rekabentuk sistem, pembangunan sistem, perlaksanaan sistem, pengujian dan penyelenggaraan. Selain itu juga setiap aktiviti yang terdapat pada kitar hayat pembangunan sistem dipecahkan kepada bab-bab secara berasingan. Dengan ini penerangan sacara terperinci bagi pembangunan laman web aplikasi geometri bergrafik dapat ditunjukkan.Sebagai kesimpulannya pembinaan laman web aplikasi geometri bergrafik merupakan satu langkah bijak bagi menyediakan alternatif pembelajaran berbanding kaedah konvesional disamping memahirkan penguasaan seseorang dalam menggunakan internet.