Peralatan sokongan untuk perancangan sistem maklumat / Nurliza Mohd Nasir
Projek ilmiah yang bertajuk 'Peralatan Sokongan Untuk Perancangan Sistem Maklumat' adalah satu projek yang dibangunkan untuk membantu para pengurus dalam menganalisa data utama / kritikal yang terkandung di dalam organisasi. Pelaksanaan projek ini bertujuan memudahkan pihak pengurusan mela...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2004
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/11324/ http://studentsrepo.um.edu.my/11324/1/Nurliza_Mohd_Nasir.pdf |
| Summary: | Projek ilmiah yang bertajuk 'Peralatan Sokongan Untuk Perancangan Sistem Maklumat' adalah satu projek yang dibangunkan untuk membantu para pengurus dalam menganalisa data utama / kritikal yang terkandung di dalam organisasi. Pelaksanaan projek ini bertujuan memudahkan pihak pengurusan melaksanakan tugasan di dalam
organisasi melalui penggunaan teknologi maklumat. Dengan kata lain, projek ini berperanan untuk membangunkan satu peralatan perisian yang dapat membantu para pengurus, atau pihak pengurusan dalam perancangan sistem maklumat yang strategik serta berkesan untuk kegunaan organisasi, Justeru, pembangun sistem bertanggungjawab untuk merancang satu stralegi dalam menghasilkan satu sistem perisianan yang efektif, serta berkesan yang dapat memenuhi keperluan pengguna dalam melaksanakan perancangan strategik pengurusan. Dari sudut kefungsian secara ringkasnya, sistem ini memberi tumpuan kepada
fungsi penyimpanan data penambahan data, paparan data, pengeditan data, serta penghapusan data. Pengguna boleh menyimpan data mengikut kategori yang telah digariskan. Seterusnya, data tersebut boleh dipaparkan untuk tujuan penyemakan, atau penganalisaan. Jika pengguna berkehendak untuk mengubahsuai, atau menambah data daripada data yang sedia ada, pengguna boleh melakukannya dengan adanya fungsi pengeditan data. Bagi data yang tidak dikehendaki pula, ia boleh dihapuskan terus daripada pangkalan data.
Kesimpulannya, projek ilmiah ini sebenarnya memainkan peranan penting bagi membantu pengurus, atau pihak pengurusan dalam menganalisa data yang diperoleh. Daripada analisa tersebut, pihak pengurusan boleh mengambil tindakan susulan untuk meningkatkan mutu kerja sumber manusia, serta organisasi. Di samping itu, boleh
dikatakan bahawa pembangunan sistem perisian ini adalah bertepatan dengan hasrat pimpinan negara yang mahu melihat perkembangan penggunaan teknologi maklumat
dalam era globalisasi ini. |
|---|