Academic Adviser System (AAS) / Norazila Mohammad

Academic Adviser System (AAS) ataupun juga boleh dikenali sebagai Sistem Penasihat Akademik merupakan satu sistem maklumat berkomputer yang berasaskan laman web untuk Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya (FSKTM). Pembangunan sistem ini adalah untuk memastikan struktur pe...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Norazila , Mohammad
Format: Thesis
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11320/
http://studentsrepo.um.edu.my/11320/1/Norazila_Mohamad.pdf
Description
Summary:Academic Adviser System (AAS) ataupun juga boleh dikenali sebagai Sistem Penasihat Akademik merupakan satu sistem maklumat berkomputer yang berasaskan laman web untuk Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya (FSKTM). Pembangunan sistem ini adalah untuk memastikan struktur pengurusan di fakulti ini akan terus tersusun dan lebih berkesan.AAS merupakan satu sistem pengurusan maklumat yang berasaskan internet/intranet. Sistem ini juga membenarkan pengguna untuk mencapai sistem melalui internet di mana sahaja berada dan pada bila-bila masa dengan syarat mempunyai katalaluan yang sah. Academic Adviser System (AAS) ini juga dibangunkan dengan menggunakan teknologi Micromedia Dreamweaver MX ataupun Actice Server pages pada pelayan Microsoft Windows. Alatan pembangunan bagi sistem ini juga akan menggunakan pelayan web seperti Personal Weh Server (PWS) dan internet Explorer serta ia juga turut disokong oleh perisian pangkalan data Microsoft SQL Server.Secara kasarnya sistern ini boleh dibahagikan kepada tiga skop pengguna sasaran utama iaitu pentadbir, pensyarah den pelajar, Di jangka pada akhir pembangunan sistem , AAS akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang terjamin bagi maklumat pensyarah dan pelajar, pangkalan data untuk menyimpan maklumat, penghasilan pengurusan pangkalan data yang cekap dan antaramuka yang interaktif.