Nilai dan gaya hidup anak-anak darah kacukan / Jo-Ann Lim Guat Lee
Kajian ini bertujuan untuk melihat nilai dan gaya hidup anak-anak darah kacukan. Untuk menjadikan kajian ini lebih berkesan, pengkaji mengambil satu kumpulan responden-responden anak-anak bukan darah kacukan bagi tujuan perbandingan. Latihan ilmiah ini mengandungi lima bab. Dalam bab pertama, pengka...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
1991
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/11306/ http://studentsrepo.um.edu.my/11306/1/jo%2Dann_lim.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat nilai dan gaya hidup anak-anak darah kacukan. Untuk menjadikan kajian ini lebih berkesan, pengkaji mengambil satu kumpulan responden-responden anak-anak bukan darah kacukan bagi tujuan perbandingan. Latihan ilmiah ini mengandungi lima bab. Dalam bab pertama, pengkaji menerangkan objektif kajian, konsep-konsep yang digunakan. tempat dan jangkamasa kajian, pemilihan responden, kaedah kajian , masalah- masalah yang dihadapi semasa kajian dan cadangan-cadangan untuk mengatasinya. Bab 2 membincangkan kawasan-kawasun kajian iaitu Sekolah Jururawat Tun Tan Cheng Lock dan Universiti Malaya. Pengkaji memberi penjelasan tentang latarbelakang kedua-dua kawasan dan peratusan sampel yang diambil di situ. Bab 3 ialah penganalisaan data di mana pengkaji membincangkan latarbelakang para responden, motivasi-motivasi yang membawa kepada berlakunya perkahwinan campur dan pemilihan pasangan hidup oleh para responden. Bab 4 mengukur nilai dan gaya hidup para responden dengan menggunakan faktor kebudayaan yang meliputi pandangan-pandangan para responden terhadap adat, perayaan, pakaian dan makanan. Bab terakhir, iaitu bab 5 merumuskan hasil-hasil penemuan dalam bab 3 dan 4.
|
|---|