Hinduisim: Some aspects of Hindu temples in Kuala Lumpur / Ganesh Sangran

Dalam konteks Malaysia, sebuah kuil Hindu wujud sebagai sebuah tempat yang menarik. Suatu kajian ke atas kuil-kuil Hindu akan menolong menjelaskan kebudayaan serta kepercayaan keagamaan orang-orang India di Malaysia. Kajian ini mengandungi lima bab. Bab I mengandungi penerangan tentang pengenalan, t...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ganesh , Sangran
Format: Thesis
Published: 1985
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11254/
http://studentsrepo.um.edu.my/11254/1/ganesh_sangaran.pdf
Description
Summary:Dalam konteks Malaysia, sebuah kuil Hindu wujud sebagai sebuah tempat yang menarik. Suatu kajian ke atas kuil-kuil Hindu akan menolong menjelaskan kebudayaan serta kepercayaan keagamaan orang-orang India di Malaysia. Kajian ini mengandungi lima bab. Bab I mengandungi penerangan tentang pengenalan, tujuan dan skop kajian ini. Berbagai methodologi yang digunakan dan masalah-masalah yang dihadapi kajian ini juga disentuh di dalam bab ini. Bab II berkaitan dengan permulaan perkembangan kuil-kuil Hindu di Kuala Lumpur. Definasi yang ringkas tentang agama Hindu diberikan dan penekanan adalah pada pembahagian kuil-kuil ini berdasarkan beberapa kriteria yang tertentu. Di dalam bab III, upacara-upacara dan perayaan-perayaan di dalam kuil-kuil ini dijelaskan. Suatu penerangan yang menyeluruh diberikan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan berbagai-bagai perayaan yang dirayakan oleh kuil-kuil. Peranan paderi-paderi serta dewa-dewa yang utama diberi perhatian. Bab IV adalah mengenai aspek-aspek sosial dan politik kuil-kuil Hindu ini. Ini adalah penting kerana kuil-kuil mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap masyarakat terutama sekali dalam pengekalan warisan budaya. Peranan beberapa organisasi yang berkaitan dengan kuil-kuil juga diberi tumpuan. Bab V, penekanan utama diberikan kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh kuil-kuil. Beberapa cadangan juga diberikan untuk mengatasinya. Ini adalah untuk menentukan bahawa kuil-kuil Hindu ini terus kekal di tengah-tengah pembangunan yang pesat di Malaysia.