Satu kajian kes di sebuah stor 24 jam / Khong Sook Ying
Dengan membaca tajuk kajian sahaja, sudah timbul suatu gambaran kasar mengenai isi kandungan kajian ini. Amnya, ia adalah meliputi segala aspek mengenai operasi atau perjalanan sesebuah stor 24 jam seperti aspek-aspek perbicaraan mengenai staf-stafnya, pelanggan, lokasi stor dan sebagainya. Namun de...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
1991
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/11241/ http://studentsrepo.um.edu.my/11241/1/khong_sook_ying.pdf |
| Summary: | Dengan membaca tajuk kajian sahaja, sudah timbul suatu gambaran kasar mengenai isi kandungan kajian ini. Amnya, ia adalah meliputi segala aspek mengenai operasi atau perjalanan sesebuah stor 24 jam seperti aspek-aspek perbicaraan mengenai staf-stafnya, pelanggan, lokasi stor dan sebagainya. Namun demikian, pembicaraan mengenai hal-hal pengurusan stor (managemant) tidak disentuh langsung atas sebab pihak pengurusan atasan stor kajian ini tidak ingin mengumumkan apa-apa hal dalaman (internal) stor yang berkaitan dengan sistem pengurusan kerana ia banyak melibatkan fail-fail sulit (confidential files). Terlebih dahulu, dalam bab pertama dijelaskan sedikit sebanyak mengenai tujuan atau objektif kajian, tempat kajian, pemilihan responden, metodologi, masalah dan kelemahan penyelidikan, dan cara-cara mengatasi masalah dan kelemahan kajian. Dalam bab kedua pula dilukiskan suatu gambaran pengalaman bekerja sebagai seseorang staf di sebuh stor yang beroperasi 24 jam sehari iaitu bekerja mengikut pembahagian shif-shif bekerja. Juga dijelaskan hubungan interaksi antara seseorang staf dengan staf-staf lain, dengan pelanggan-pelanggan stor dan juga dengan pengurus stor. Pembicaraan lebih teliti pula dijalankan dalam bab ketiga dengan membincangkan tugas-tugas dan peranan serta tanggungjawab seseorang staf. Dalam bab ini juga, dilihat siapakah sebenarnya staf-staf ini terdiri dari, mengapa mereka memilih pekerjaan sedemikian dan apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Dalam bab keempat, dibincangkan pula soal-soal mengenai pelanggan-pelanggan stor atau juga boleh dirujukan sebagai pengguna. Di sini, pengkelasifikasian pelanggan-pelanggan kepada kategori-kategori tertentu dilakukan bagi memudahkan penganalisaan. Aspek behaviourisme dan ekspektasi pelanggan dihuraikan dalam bab ini. Sebagai penutupnya, dalam bab terakhir, disimpulkan satu kesimpulan umum hasil dari kajian ini. Tidak ketinggalan juga disertakan satu ringkasan cadangan atau pendapat ditemui sepanjang kajian ini.
|
|---|