Kajian ke atas penganut Kristian beraliran Bahasa Cina di Pulau Pinang: Faktor-faktor yang mempengaruhi perasaan dan pandangan penganut ke atas cara pemujaan kolektif Gereja mereka mengikut aspek sosial / Tan Wan Peng

Kertas kerja ini meninjau dari sudut sosial, faktor-faktor yang mempengaruhi perasaan dan pandangan penganut Kristian yang beraliaran Bahasa Cina terhadap cara pemujaan gereja mereka di Pulau pinang. Tinjauan ditumpukan kepada 4 angkubah yang penting iaitu penganut, gereja, cara pemujaan dan alam so...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Tan , Wan Peng
Format: Thesis
Published: 1994
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11079/
http://studentsrepo.um.edu.my/11079/1/tan_wan_peng.pdf
Description
Summary:Kertas kerja ini meninjau dari sudut sosial, faktor-faktor yang mempengaruhi perasaan dan pandangan penganut Kristian yang beraliaran Bahasa Cina terhadap cara pemujaan gereja mereka di Pulau pinang. Tinjauan ditumpukan kepada 4 angkubah yang penting iaitu penganut, gereja, cara pemujaan dan alam sosial. Penganut-penganut dan cara pemujaan dari 3 gereja yang datang dari denominasi yang berlainan telah dikaji untuk membuat perbandingan dalam gereja itu sendiri dan di antara geraja-gereja itu. Untuk membentangkan tinjauan ini secara sistematik, kandungan telah dibahagikan kepada 5 bab. Bab I akan memberi sedikit latar belakang topik yang dikaji. Bab II pula akan membincangkan latar belakang gereja yang melihat dari 3 segi iaitu sejarah perkembangan setiap gereja, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan struktur organisasi gereja masing-masing. Ini adalah penting untuk memahami pembentukan cara pemujaan yang berbeza. Bab III meneliti cara pemujaan mereka yang mempunyai sifat keunikan masing-masing. Bab IV pula menganalisa keputusan soal selidik yang akan membantu kita memahami dengan lebih jelas, persamaan dan perbezaan perasaan serta pandangan penganut terhadap cara pemujaan gereja mereka. Hubungan antara berbagai angkubah juga dikaji. Akhir sekali dalam bab V, tinjauan akan dibuat dalam konteks yang lebih luas. Pengaruh struktur organisasi gereja, keadaan sosial yang berubah, perubahan nilai sosial serta gerakan Pentecostal ke atas penganut-penganut akan dibincang dalam bab ini. Keliam-lima bab ini amat berkait rapat di antara satu sama lain supaya dapat membentangkan suatu kajian yang ringkas tetapi menyeluruh.