Sistem kiosk ilmu tauhid di laman web (SisKIT) / Aminuddin Muhammad

Umat Islam menghadapi pelbagai cabaran dari semasa ke semasa, pada setiap zaman. Cabaran-cabaran itu mula datang dalam pelbagai bentuk dan melalui cara yang berlainan. Antara cabaran terbesar yang dihadapai oleh umat Islam kini adalah cabaran terhadap akidah dan tauhid mereka. Akidah adalah merupak...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Aminuddin, Muhammad
Format: Thesis
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11003/
http://studentsrepo.um.edu.my/11003/1/Aminuddin_Muhammad.pdf
Description
Summary:Umat Islam menghadapi pelbagai cabaran dari semasa ke semasa, pada setiap zaman. Cabaran-cabaran itu mula datang dalam pelbagai bentuk dan melalui cara yang berlainan. Antara cabaran terbesar yang dihadapai oleh umat Islam kini adalah cabaran terhadap akidah dan tauhid mereka. Akidah adalah merupakan softport bagai umat Islam. Ia merupakan elemen terpenting dalam diri yang membentuk kekuatan dalaman diri umat Islam berkenaan perkara-perkara ghaibiah dan ketuhanan. Softport ini perlu dijaga, diasah dan memerlukan kepada canangan melalui amalan dan ilmu agama. Ia juga merupakan tempat terlemah pada umat Islam, andaikata mereka tidak mengambil berat berkenaan hal sedemikian. Ini kerana cabaran mendatangjuga adalah melalui kaedah yang halus. Justeru itu, dengan terbinanya Sistem Kiosk Dmu Tauhid (SisKIT) di Laman Web, akan dapat membuka pemikiran umat Islam tentang kepentingan akidah dan tauhid dalam diri mereka. Kekaburan berkaitan akidah dan tauhid masih berleluasa lantaran kejahilan umat Islam sendiri. Jadi dengan adanya sistem sebegini, sekurang-kurangnya dapat membuka kembali minda dan menutup pintu kejahilan umat islam.