Hubungan di antara cara membesarkan anak dengan motivasi pencapaian remaja / Hashazah Mohd Hashim

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana cara membesarkan anak yang berbentuk penyayang dan terlalu mengawal oleh ibubapa mempengaruhi pembentukan motivasi pencapaian seseorang remaja. Kajian ini telah dijalankan diempat buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Damansara Utama, Sekolah Menengah (P)...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hashazah , Mohd Hashim
Format: Thesis
Published: 1994
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10859/
http://studentsrepo.um.edu.my/10859/1/hashazah.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana cara membesarkan anak yang berbentuk penyayang dan terlalu mengawal oleh ibubapa mempengaruhi pembentukan motivasi pencapaian seseorang remaja. Kajian ini telah dijalankan diempat buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Damansara Utama, Sekolah Menengah (P) Sri Aman, Sekolah Menengah Pandamaran Jaya dan Sekolah Menengah (L) Sultan Abdul Samad. Alat ukuran kajian yang telah digunakan terbahagi kepada dua iaitu melihat cara membesarkan anak dan mengukur motivasi pencapaian. Skil yang digunakan untuk mengukur cara membesarkan anak ialah skil The Parental Bonding Instrument (1978) sementara skil motivasi pencapaian pula iaitu skil Motivasi Pencapaian Mehrabian (1969). Seramai 150 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini dengan taburan seramai 68 orang responden lelaki dan 82 orang responden perempuan. Data yang diperoleh telah dianalisa dengan kaedah ANOVA dua hala dan kaedah korelasi. Secara keseluruhan keputusan kajian menunjukan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan cara membesarkan anak dengan tingkat motivasi pencapaian para pelajar.