Pakej pembelajaran guru-pustakawan / Norhazwani Yazit
Pakej Pembelajaran Guru-Pustakawan merupakan sebuah pakej pembelajaran stand alone yang menyediakan modul-modul pembelajaran yang berkaitan dengan tugas seorang pustakawan, pemprosesan bahan sumber dan perkhidmatan maklumat pusat sumber. Secara keseluruhannya, sistem ini merupakan satu alat bantuan...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2004
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/10845/ http://studentsrepo.um.edu.my/10845/1/Norhazwani_Yazit_(Pakej_Pembelajaran).pdf |
| Summary: | Pakej Pembelajaran Guru-Pustakawan merupakan sebuah pakej pembelajaran stand alone yang menyediakan modul-modul pembelajaran yang berkaitan dengan tugas seorang pustakawan, pemprosesan bahan sumber dan perkhidmatan maklumat pusat sumber. Secara keseluruhannya, sistem ini merupakan satu alat bantuan pembelajaran yang bertujuan untuk melatih serta memberi pendedahan kepada para guru untuk menjadi seorang pustakawan yang baik. Dengan menggunakan konsep pembelajaran berbantukan komputer yang dilengkapi dengan elemen-elemen multimedia, sistem ini dibangunkan untuk menjadikan aktiviti pembelajaran dan latihan lebih menarik serta berkesan. Selain itu, sistem ini juga menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas yang cepat. Pengguna boleh belajar secara bersendirian berpandukan modul-modul yang telah direkabentuk serta diprogramkan ke dalam komputer dan mereka boleh mengawal sendiri urutan pembelajaran berdasarkan kemampuan kefahaman diri. Pakej ini mampu menarik perhatian serta minat penggunanya berbanding dengan pendekatan pembelajaran secara manual atau tradisional iaitu melalui ceramah dan bahan bercetak seperti buku dan nota yang melibatkan interaksi satu hala sahaja. Dengan adanya Pakej Pembelajaran Guru-Pustakawan ini, diharap guru yang ditugaskan menjadi guru-pustakawan atau guru pusat sumber dapat memanfaatkan pakej ini sebaiknya sebagai panduan dan dalam membantu mereka menguruskan pusat sumber. |
|---|