Sistem maklumat pesakit / Nur Fadhlinawati Said
Latihan Ilmiah merupakan satu kursus wajib bagi pelajar tahun akhir bagi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di Universiti Malaya. Melalui kursus ini pelajar perlu membuat satu projek di mana pelajar dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari selama ini. Sistem yang akan diba...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2002
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/10836/ http://studentsrepo.um.edu.my/10836/1/Nur_Fadhlinawati_Said.pdf |
| Summary: | Latihan Ilmiah merupakan satu kursus wajib bagi pelajar tahun akhir bagi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di Universiti Malaya. Melalui kursus ini
pelajar perlu membuat satu projek di mana pelajar dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari selama ini. Sistem yang akan dibangunkan ini merupakan satu projek
pembangunan sistem maklumat iaitu Sistem Maklumat Pesakit. Sistem ini diharap dapat menggantikan sistem manual yang digunakan sekarang. Sistem Maklumat Pesakit (SMP) ini merupakan satu sistem pangkalan data yang berasaskan komputer yang dibangunkan bagi menyimpan maklumat pesakit dengan lebih mudah dan berkesan. Sistem ini merupakan sistem pangkalan data yang membenarkan maklumat disimpan, ditambah atau dihapuskan (dikemaskini) mengikut keperluan semasa. Ia juga bertujuan memudahkan kakitangan klinik merekod segala maklumat pesakit secara terperinci tanpa mengubah atau menghapuskan rekod yang
sedia ada. SMP ini juga merupakan satu sistem yang dibangunkan bagi tujuan memudahkan dan mempercepatkan lagi kakitangan klinik membuat rujukan sesuatu perkara berhubung dengan pesakit. SMP ini akan dibangunkan dengan antaramuka yang bersifat mesra pengguna. Microsoft Access akan digunakan untuk membangunkan pangkalan data manakala antaramuka pengguna pula akan dibangunkan dengan menggunakan Microsoft Visual Basic 6.0. Sistem ini boleh dilarikan pada Windows 98 atau Windows 2000.
|
|---|