Kedudukan pelajaran dan ekonomi pekerja Ladang Getah Bee Yong, Kerdau, Temerloh, Pahang / Azaman Ahmad

Latihan ilmiah ini adalah merupakan satu kajian kes mengenai masalh pelajaran dan ekonomi yang dihadapi oleh anak-anak dan pekerja ladang getah Bee Yong, Kerdau. Pengkaji cuba meninjau tentang jenis masalah yang dihadapi dan sebab-sebab timbulnya masalah tersebut. Oleh itu, pengkaji membahagi dan me...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Azaman, Ahmad
Format: Thesis
Published: 1986
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10832/
http://studentsrepo.um.edu.my/10832/1/azaman_ahmad.pdf
Description
Summary:Latihan ilmiah ini adalah merupakan satu kajian kes mengenai masalh pelajaran dan ekonomi yang dihadapi oleh anak-anak dan pekerja ladang getah Bee Yong, Kerdau. Pengkaji cuba meninjau tentang jenis masalah yang dihadapi dan sebab-sebab timbulnya masalah tersebut. Oleh itu, pengkaji membahagi dan menghuraikan penulisan ini kepada enam bab dan setiap bab akan membicarakan mengenai perkara-perkara tertentu. Bab I iaitu pengenalan akan menghuraikan perkara-perkara mengenai masalah kajian, tujuan, bidang, metodologi yang digunakan kesulitan-kesulitan semasa menjalankan kajian dan lain-lain lagi. Bab II pula membincangkan tentang beberapa definisi, teori, konsep serta pengukuran kemiskinan yang telah digunakan di dalam penulisan latihan ilmiah ini. Bab III pula meninjau tentang sejarah penubuhan ladang, struktur masyarakatnya dan lain-lain kemudahan asas yang telah disediakan. Bab IV adalah tinjauan dan penganalisaan mengenai masalah-masalah yang bidang pelajaran seperti keadaan dan kedudukan sekolah, tingkat pelajaran ibubapa, buta huruf, pencapaian akademik dan sebagainya. Bab Vpula tinjauan dan analisa akan ditumpukan kepada aspek-aspek ekonomi seperti tingkat pendapatan, pola perbelanjaan, pekerjaan, pemilikan dan lain-lain lagi. Bab VI dan terakhirnya adalah merupakan kesimpulan dari analisa dan tinjauan yang telah dilakukan. Ia juga mengandungi beberapa saranan yang dirasakan sesuai dan munasabah berkaitan dengan penyelesaian kepada masalah ini.