Mikropemproses 32-Bit (Unit Kawalan) / Mohd. Izuan Md. Yusop

Mikropemproses merupakan sebuah komponen yang penting di dalam sesebuah komputer. Fungsi bagi sesebuah mikropemproses adalah bergantung kepada senibina dalaman peranti tersebut. Di dalam sesebuah komputer, pembahagian tugas serta unit-unit operasi akan dibezakan dan ditentukan sendiri oleh mikropemp...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd. Izuan, Md. Yusop
Format: Thesis
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10791/
http://studentsrepo.um.edu.my/10791/1/Mohd._Izuan_Md._Yusop.pdf
Description
Summary:Mikropemproses merupakan sebuah komponen yang penting di dalam sesebuah komputer. Fungsi bagi sesebuah mikropemproses adalah bergantung kepada senibina dalaman peranti tersebut. Di dalam sesebuah komputer, pembahagian tugas serta unit-unit operasi akan dibezakan dan ditentukan sendiri oleh mikropemproses. Selain daripada itu, mikropemproses atau unit pemprosesan pusat (CPU) juga merupakan satu komponen yang unik dalam senibina komputer. Keunikan sesebuah komputer dapat dilihat apabila keseluruhan CPU disatukan kepada satu pakej kecil iaitu pakej litar bersepadu (IC). Pakej kecil ini menyebabkan penjimatan dari segi saiz dan melibatkan kos yang murah. Sebelum ini, sesebuah mikropemproses itu dikatakan sebagai kurang ekonomik. Ini dapat dilihat melalui saiz dan kos yang terlibat di dalam pembangunannya. Akan tetapi disebabkan berlakunya revolusi dalam teknologi rekabentuk sistem komputer digital, apabila saiz yang lebih kecil dan kos yang lebih murah, pastinya memberikan kelebihan kepada perekabentuk untuk mereka sebuah struktur mikropemproses. Fungsi sesebuah mikropemproses bukan sahaja terhad dalam kegunaan umum sesebuah komputer atau sebagai unit pemproses di dalam sesuatu sistem yang istimewa. Aplikasi sesebuah mikropemproses dapat dilihat dengan lebih meluas dalam pelbagai kegunaaan kawalan trafik, kawalan ke atas sistem pencucuhan automobil dan aplikasi perniagaan.