Urbanisasi dan kekeluargaan: Satu tinjauan antropologi / Fazilah Ariff
Kajian ini adalah merupakan satu kajian kes yang bertujuan untuk melihat sama ada urbanisasi dan perindustrian telah membawa kesan kepada penduduk yang dikaji terutamanya ke atas aspek kekeluargaan di Kampung Jana Baru. Kajian ini dibahagikan kepada V bab. Bab I menerangkan tujuan kajian, bidang kaj...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
1984
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/10663/ http://studentsrepo.um.edu.my/10663/1/fazilah_ariff.pdf |
| Summary: | Kajian ini adalah merupakan satu kajian kes yang bertujuan untuk melihat sama ada urbanisasi dan perindustrian telah membawa kesan kepada penduduk yang dikaji terutamanya ke atas aspek kekeluargaan di Kampung Jana Baru. Kajian ini dibahagikan kepada V bab. Bab I menerangkan tujuan kajian, bidang kajian, kaedah kajian, kesulitan yang dihadapi ketika melakukan kajian, kedudukan geografi serta latar belakang sejarah perkembangan kampung dan kemudahan sosial yang dibekalkan untuk penduduk kampung di sini. Bab II menjelaskan tentang konsep dan rangka teori urbanisasi, urbanisma dan konsep kekeluargaan yang berkaitan dengan kawasan kajian. Bab III pula memperkatakan tentang proses urabanisasi yang berlaku di Kampung Jana Baru dengan tumpuan kepada aspek sosio-ekonomi penduduk misalnya janis-jenis pekerjaan, pendapatan, pemilikan harta, bentuk rumah serta organisasi sosial yang wujud. Bab IV pula membincangkan mengenai famili dan kekeluargaan, misalnya dari segi sikap, nilai dan pandangan ibubapa terhadap anak-anak. Di samping itu, pengkaji menerangkan tentang bentuk rumahtangga yang wujud, hubungan ahli-ahli di dalam rumahtangga serta hubungan ahli-ahli keluarga ini dengan ahli-ahli yang tinggal di luar kampung Jana Baru. Pengkaji juga menjelaskan tentang bentuk famili yang ada kini dan sebab-sebab kenapa ianya berlaku. Dalam bab V, pengkaji membuat penganalisaan serta rumusan mengenai kaitan yang wujud di antara urbanisasi dan kekeluargaan. Pengkaji cuba membuktikan sama ada urbanisasi benar-benar mempengaruhi corak dan hubungan kekeluargaan khususnya di kalangan penduduk yang dikaji. Pengkaji juga cuba membuktikan sama ada teori-teori yang telah dikemukakan oleh Wirth dan Redfield itu dapat diaplikasikan ke dalam komuniti di Kampung Jana Baru ini. |
|---|