Sistem penukar kalendar berasaskan web / Suhaila Abd Rani

Objektif projek ini adalah untuk membangunkan satu sistem penukar kalendar berasaskan web yang masih belum popular dikalangan pengguna internet. Sistem Penukar Kalendar Berasaskan Web ini adalah terdiri daripada beberapa model yang berbeza seperti modul events, kalendar tahunan, sejarah kalendar dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Suhaila, Abd Rani
Format: Thesis
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10658/
http://studentsrepo.um.edu.my/10658/1/Suhaila_Abd_Rani.pdf
Description
Summary:Objektif projek ini adalah untuk membangunkan satu sistem penukar kalendar berasaskan web yang masih belum popular dikalangan pengguna internet. Sistem Penukar Kalendar Berasaskan Web ini adalah terdiri daripada beberapa model yang berbeza seperti modul events, kalendar tahunan, sejarah kalendar dan lain-lain lagi. Fungsi utama Sistem Penukar Kalendar Berasaskan Web (SPKWB) ini adalah untuk melakukan penukaran tarikh antara tiga jenis kalendar yang berbeza. Di samping itu, pembangunan laman web untuk kalendar ini mempertimbangkan ciri-ciri Antaramuka Pengguna Bergrafik (Graphical User Interface)dengan menambahkan ciri-ciri menarik supaya paparan Iaman web kalendar ini kelihatan tidak terlalu formal seperti mana yang dilihat pada Iaman web sistem penukar kalendar sedia ada. Laman web sistem sedia ada lebih menonjolkan ciri-ciri akademik dan pengguna sasaran terdiri dari golongan tertentu sahaja seperti pengkaji sistem kalendar, guru, pelajar dan individu yang berminat dalam bidang astronomi kerana sistem kalendar mempunyai kaitan dengan bidang astronomi. Oleh itu, sistem ini menambahkan ciri-ciri yang tiada pada sistem sedia ada iaitu dengan menggunakan latarbelakang yang berwama untuk menimbulkan kesan ceria disamping penggunaan hyperlink untuk navigasi ke laman sub paparan kalendar yang lain. Selain itu, terdapat beberapa modul seperti events untuk memaparkan peristiwa seperti hari perayaan yang disambut setiap tahun. Pendekatan model air terjun dipilih untuk membangunkan sistem ini. Metodologi ini dipilih kerana ia mudah untuk diimplemenkan. Tambahan pula, ia menyokong aplikasi pantas dan mengurangkan risiko-risiko yang terlibat. Di samping itu, sistem kalendar ini dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan Java Script, ASP, Microsoft Frontpage dan Windows 98.