Sistem Maklumat Bantuan / Rashidah Yaakop

Sistem Maklumat Bantuan FSKTM merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyimpan semua maklumat-maklumat cadangan langkah-langkah yang akan diambil ketika FSKTM menghadapi masalah yang boleh menggugat kelancaran aktiviti di FSKTM. Masalah merupakan satu perkara yang akan dihadapi oleh bukan sahaja...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Rashidah, Yaakop
Format: Thesis
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10625/
http://studentsrepo.um.edu.my/10625/1/Rashidah_Yaakop.pdf
Description
Summary:Sistem Maklumat Bantuan FSKTM merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyimpan semua maklumat-maklumat cadangan langkah-langkah yang akan diambil ketika FSKTM menghadapi masalah yang boleh menggugat kelancaran aktiviti di FSKTM. Masalah merupakan satu perkara yang akan dihadapi oleh bukan sahaja individu, malah sesebuah organisasi. Sistem ini bertujuan memberi maklumat bantuan tentang apa yang harus dilakukan. Sistem ini bukan sahaja untuk ajk keselamatan tetapi maklumat yang terdapat di dalam sistem ini boleh digunakan sebagai maklumat tambahan pada pensyarah dan juga kakitangan di FSKTM. Tidak rugi untuk mengetahui maklumat-maklumat ini kerana ia dapat membantu semua pihak. Sistem ini saya bahagikan kepada 6 modul utama iaitu modul 'log-in ', modul masalah komputer iaitu terdiri dari masalah rangkaian, perkakasan, perisian, masalah virus, modul masalah utiliti, modul masalah am iaitu masalah yang jarang sekali berlaku di FSKTM seperti kebakaran. Kesemua modul-modul ini adalah berasaskan analisis yang dijalankan pada sistem yang hampir sama dengan sistem yang saya bina ini. Sistem Maklumat Bantuan ini adalah sistem yang berkonsepkan user "friendly" dan mudah digunakan. Methodologi yang saya gunakan dalam pembangunan sistem ini adalah model air terjun bersama prototaip kerana model ini mempunyai kebaikan kedua-dua model tersebut dan model ini juga amat popular. Setelah analisis dijalankan, saya dapati perisian Visual Basic amat popular dan mempunyai pasaran yang tinggi dan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini mempelajari VB untuk kegunaan sekarang dan masa depan. Di harap saya dapat menghasilkan sebuah sistem yang boleh digunakan.