Masalah perumahan dan sosial di kawasan peumahan kos-rendah Kampung Kenangan Tun Dr. Ismail, Muar, Johor / Suraiya Hashim
Latihan akademik ini merupakan satu kajian kes di Kampung Kenangan Tun Dr. Ismail, Muar. Tiga puluh orang dari sejumlah 180 buah keluarga telah dipilih sebagai responden untuk tujuan penyelidikan ini. Bab pertama dinyatakan tentang tujuan kajian ini dilakukan, mengapa pengkaji memilih kampung ini da...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
1983
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/10488/ http://studentsrepo.um.edu.my/10488/1/suraiya.pdf |
| Summary: | Latihan akademik ini merupakan satu kajian kes di Kampung Kenangan Tun Dr. Ismail, Muar. Tiga puluh orang dari sejumlah 180 buah keluarga telah dipilih sebagai responden untuk tujuan penyelidikan ini. Bab pertama dinyatakan tentang tujuan kajian ini dilakukan, mengapa pengkaji memilih kampung ini dan bagaimana beliau memilih responden serta soal selidiknya. Masalah yang telah beliau hadapi di sepanjang proses penyelidikan juga diterangkan dalam bab ini. Bab kedua pula menyentuh aspek perkembangan sektor perumahan di Malaysia dan di Johor secara umum dan ringkas. Penulis membentangkan bab tiga dengan membahagikan kepada dua bahagian utama di bawah tajuk-tajuk:
A. Perumahan
B. Sosial
Di bahagian A (perumahan), telah dihuraikan keadaan rekabentuk-rekabentuk rumah di tempat kajian, juga masalah-masalah yang mereka hadapi berkaitan dengan rumah yang mereka diami. Manakala bahagian B (sosial) adalah berkenaan dengan kemudahan sosial (asas) yang dapat penduduk disini nikmati termasuk aspek-aspek kebersihan dan pelajaran. Bahagian ini juga membicarakan tentang perhubungan sosial penduduk dengan jiran dengan saudara mara di luar kawasan kajian dan pergaulan anak-anak mereka. Segala penemuan dihurai dengan lanjut di bab kesimpulan. Bab empat yang juga bab penutup tulisan ini diakhiri dengan penulis memberikan pandangan atau cadangan-cadangan yang difikirkannya dapat membantu mengatasi masalah tertentu yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di Kampung Kenangan Tun Dr. Ismail, Muar ini baik dari aspek perumahan mahupun sosialnya.
|
|---|