Kajian intertekstualiti dalam novel-novel Siti Zainon Ismail / Norhayati Md. Yatim

Kajian ini menganalisis dua buah novel terpilih karya Siti Zainon Ismail, iaitu Pulau Renik Ungu (1995) dan Delima Ranting Senja (2009). Analisis dibuat dengan menggunakan teori intertekstualiti yang diperkenalkan oleh Julia Kristeva (1980). Tiga prinsip utama yang terdapat dalam teori intertekstual...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Norhayati , Md. Yatim
Format: Thesis
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10322/
http://studentsrepo.um.edu.my/10322/1/Norhayati_Md._Yatim.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10322/2/Norhayati_Md_Yatim_%E2%80%93_Thesis.pdf
Description
Summary:Kajian ini menganalisis dua buah novel terpilih karya Siti Zainon Ismail, iaitu Pulau Renik Ungu (1995) dan Delima Ranting Senja (2009). Analisis dibuat dengan menggunakan teori intertekstualiti yang diperkenalkan oleh Julia Kristeva (1980). Tiga prinsip utama yang terdapat dalam teori intertekstualiti, iaitu prinsip transformasi, prinsip modifikasi dan prinsip ekspansi. Permasalahan kajian bertitik tolak daripada kecenderungan Siti Zainon Ismail berkarya dengan merujuk sumber-sumber asalnya (hipoteks) untuk disesuaikan ke dalam karyanya yang baharu (hiperteks). Hal ini berlaku kerana hubungan peribadi dan persekitaran sangat mempengaruhi kepengarangan Siti Zainon Ismail. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumber daripada hipoteks, mengaplikasikan prinsip-prinsip daripada teori intertekstualiti dan menilai faktor-faktor yang menyebabkan pengarang mengaplikasikan ketiga-tiga prinsip tersebut. Metodologi kajian yang diguna pakai adalah kajian kepustakaan dan temu bual. Dapatan kajian pula membuktikan bahawa Siti Zainon Ismail berkarya dengan merujuk sumber hipoteks dan melaksanakan proses transformasi sama ada secara formal atau berbentuk abstrak seperti kerja pemindahan dan penjelmaan episod untuk memperkukuh makna hipoteks. Terdapat juga proses-proses lain seperti penyesuaian, penukaran, peluasan dan pengembangan atau pembaikan daripada teks asal. Hal ini membolehkan teks asal berubah kepada bentuk baharu sama ada aspek kandungan ataupun pemerian plot penceritaan. Kesimpulannya, melalui pengaplikasian ketiga-tiga prinsip daripada teori intertekstualiti ini membuktikan bahawa pengarang berjaya mengolah karya hiperteksnya, iaitu menjadi sebuah karya yang mapan daripada pelbagai aspek seperti plot, tema, watak dan bahasa sehingga dapat menarik minat khalayak menghabiskan pembacaan terhadap karya tersebut.