Alat bantu belajar menulis jawi / Amrah Mohd Narawi
Sistem Tulisan Jawi telah wujud di Gugusan Kepulauan Melayu sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu kira-kira 7 kurun yang lalu, dan masih diguna pakai hingga ke hari ini. Namun, apa amat yang menyedihkan, tinggalan khazanah bangsa Melayu yang unik ini, semakin dilupakan terutamanya oleh go...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2003
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/10302/ http://studentsrepo.um.edu.my/10302/1/Amrah_Mohd_Narawi.pdf |
| Summary: | Sistem Tulisan Jawi telah wujud di Gugusan Kepulauan Melayu sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu kira-kira 7 kurun yang lalu, dan masih diguna pakai hingga ke hari ini. Namun, apa amat yang menyedihkan, tinggalan khazanah bangsa Melayu yang unik ini, semakin dilupakan terutamanya oleh golongan muda masa kini.
Menyedari hakikat ini, satu tindakan untuk meme1ihara tulisan Jawi dari terus luput ditelan zaman perlu diambil dengan segera. Bertunjangkan semangat cintakan warisan bangsa ini, cadangan untuk membangunkan sistem pembelajaran Jawi secara elektronik bertujuan untuk membantu golongan buta Jawi ini diketengahkan. Pelbagai
penyelidikan telah dijalankan untuk mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh golongan tersebut, seterusnya mencari pendekatan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Hasilnya, dengan kefahaman bahawa pendigitalan tulisan Jawi iniĀ· dapat
mengangkat semula martabat tulisan Jawi di mata masyarakat Melayu khususnya, Alat Bantu Belajar Jawi atau e-JA (e- Jawi Asas) ini dibangunkan. Adalah diharapkau
dengan adanya perisian seumpama ini, masalah atau peratus golongan buta Jawi dapat direndahkan seterusnya dapat rnemastikan tulisan Jawi tidak lapuk ditelan zaman
Perisian e-JA ini akan mempunyai dua modul iaitu menulis dan membaca. Laporan dan pembangunan sistem ini hanya berfokus kepada modul menulis sahaja, di mana terdapat 4 sub-modul yang menyokong modul menulis ini. Modul-modul ini telah disusun untuk membantu pemahaman dan pengecaman pengguna terhadap tulisan Jawi. |
|---|