Herba online / Zen Akmal Dol Bakri
Sistem Herba Online merupakan satu sistem informasi dengan pangkalan data berasaskan web yang dibangunkan untuk membantu memperkembangkan pengetahuan rakyat Malaysia amnya tentang herba di Malaysia serta kepentingannya dalam kehidupan. Objektif utama sistem dibangunkan ialah selaku pemangkin meningk...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2001
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/10228/ http://studentsrepo.um.edu.my/10228/1/Zen_Akmal_Dol_Bakri.pdf |
| Summary: | Sistem Herba Online merupakan satu sistem informasi dengan pangkalan data berasaskan web yang dibangunkan untuk membantu memperkembangkan pengetahuan rakyat Malaysia amnya tentang herba di Malaysia serta kepentingannya dalam kehidupan. Objektif utama sistem dibangunkan ialah selaku pemangkin meningkatkan pengetahuan pengguna dalam topik herba dengan memudahkan cara mencapai maklumat yang mereka inginkan. Sasaran pengguna bagu sistem ini ialah individu atau organisasi yang terlibat dalam pembelajaran, kajian, penghasilan,
pemprosesan atau pemasaran tumbuhan-tumbuhan herba atau produk-produk yang dihasilkannya. Bab pertama laporan ini menceritakan secara ringkas pengenalan, objektif dan skop projek. Bab kedua merupakan hasil daripada kajian literasi yang telah dilakukan berkaitan dengan topik. Secara keseluruhan, bab ini juga cuba menunjukkan kepentingan sistem yang akan dibina dalam menyelesaikan
masalah yang timbul sebelum ini. Bab ketiga pula menceritakan secara terperinci metod yang akan digunakan dalam proses pembangunan sistem, perancangan bagi setiap fasa pembangunan sistem dan alatan pembangunan sistem yang bakal digunakan. Bab rekabentuk sistem menerangkan secara am modul yang bakal dilakukan oleh sistem dan rekabentuk awal antaramuka sistem. Bab seterusnya,
mengupas proses pengimplementasian sistem. Bab enam dan tujuh lebih ke arah penilaian kualiti sistem yang telah dibangunkan. Laporan ini juga melampirkan senarai kod dan manual pengguna sistem. Diharap dengan penghasilan laman web ini akan memberikan dimensi baru dalam dunia pengajian dan penyelidikan herba secara khususnya dan
teknologi maklumat amnya. Semoga sistem ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan kepada pengguna dan mencapai matlamat yang diharapkan. |
|---|