Sistem pengendalian & penyelenggaraan kenderaan UM / Tan Tat San
Sistem Pengendalian & Penyelenggaraan Kenderaan UM (SPPKUM) adalah satu sistem dibangunkan untuk membantu pengguna dalam pengendalian dan penyelenggaraan kenderaan-kenderaan UM terutamanya bagi kakitangan Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan Harta Benda di Universiti Malaya (JPPHBUM). Ia me...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2001
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/10160/ http://studentsrepo.um.edu.my/10160/1/Tan_Tat_San.pdf |
| Summary: | Sistem Pengendalian & Penyelenggaraan Kenderaan UM (SPPKUM) adalah satu sistem dibangunkan untuk membantu pengguna dalam pengendalian dan penyelenggaraan kenderaan-kenderaan UM terutamanya bagi kakitangan Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan Harta Benda di Universiti Malaya (JPPHBUM). Ia membolehkan pengguna merekod, menyelenggara, dan menghasilkan laporan data
yang dikehendaki. Bahagian memasukkan data tentang penyelenggaraan kenderaan adalah tujuan merekod, menyimpan, dan menyemak semula. Bahagian laporan adalah menghasilkan maklumat yang berguna kepada pengguna untuk
menyelenggarakan kenderaan UM. Bahagian yang lain, iaitu bahagian Peringatan yang bertujuan untuk memberi peringatan pada masa yang dikehendaki dan bahagian
Penukaran Katalaluan adalah untuk membolehkan pengguna menukar katalaluan dan nama pengguna sistem ini. Bagi alatan-alatan pembangunan sistem ini, alatan-alatan utama yang akan digunakan adalah perisian Microsoft Access 2000 dan Microsoft Visual Basic 6.0 yang berada dalam persekitaran sistem pengendalian Microsoft Windows 98. Oleh kerana sistem ini perlu dibangunkan dengan sistematik, model Air Terjun akan digunakan untuk membahagikan seluruh proses pembangunan kepada fasa-fasa seperti analisis, rekabentuk, pelaksanaan, pengujian, dan penyelenggaraan. Dengan tujuan menyenang kerja rekabentuk sistem ini, pendekatan rekabentuk atas-bawah digunakan untuk merekabentuk struktur sistem dan antaramuka sistem. |
|---|