| Summary: | SM membawa maksud ‘segar dan menyelerakan’ merupakan hasil cetusan idea dan pandangan dari semua ahli bakal usahawan muda yang sentiasa mementingkan citarasa dan kemahuan masyarakat pada hari ini, yang memerlukan sesuatu yang mudah, enak dan berkhasiat lagi setiap peringkat umur masyarakat. Syarikat ini menghasilkan perusahaan membuat roti. Pemilihan produk ini adalah berikutan menyahut seruan kerajaan supaya negara dapat mengurangkan bahan import makanan dari luar negara. Ini juga dapat mengatasi permintaan dari dalam negara yang sentiasa tidak mencukupi disebabkan faktor pertambahan penduduk dari semasa ke semasa. Lokasi perniagaan ini terletak di Kulim, Kedah.
|