| Summary: | Penyelarasan kaedah pemarkahan di antara pensyarah menentukan
kebolehpercayaan dan kekonsistenan dalam proses pemarkahan bagi
menjamin kesetaraan pemeriksaan, yang merupakan isu penting dalam
kualiti pendidikan. Kaedah analitik memungkinkan jawapan terperinci,
seragam dan berstruktur diperolehi, manakala sistem pemarkahannya
menggunakan skala dalam bentuk selang. Penggunaan skema
pemarkahan yang terperinci serta lebih objektif dengan penggunaan
lambang yang selaras (K, B, J dan R) dalam proses penandaan fakta dan
huraian akan dapat mengurangkan julat perbezaan pemarkahan dan
memudahkan proses semakan antara Ketua Pemeriksa atau Pemeriksa
Kedua.
|